SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)

Від saptember

220K 27K 6.3K

Sila baca SUMPAHAN COKLAT terlebih dahulu. Ini merupakan kesinambungan kisah pahit manis Sumpahan Coklat. ❃ ... Більше

001 ❃ DIA BAGAIKAN COKLAT
002 ❃ HARI JADI BERSAMA
003 ❃ BUKU RESEPI COKLAT
004 ❃ SEHINA BERUANG COKLAT
005 ❃ BANDUAN ITU DIBEBASKAN
006 ❃ SAAT BERSELISIH BAHU
007 ❃ MUKA TAIK
008 ❃ GADIS LUAR BIASA
009 ❃ SESUAP LASAGNA COKLAT
010 ❃ KEK KAHWIN COKLAT
011 ❃ COKLAT DAN DADAH
012 ❃ SETIA SEEKOR ANJING
013 ❃ SI BUNIAN GENIT
014 ❃ MALAM SEGELAP COKLAT
015 ❃ KAMAR TIDUR PENYANGAK
016 ❃ ADIK SYLVAN
017 ❃ SEJARAH CINTA LARANGAN
018 ❃ GRISHARADIN LUA KIHARIAN
019 ❃ SEBOTOL CIDER EPAL
020 ❃ SYLVAN DAN GRISHA
021 ❃ BERYL ATAU BERI??
022 ❃ MENGHITUNG WAKTU TIDUR
023 ❃ CERMIN PINTU BAR
024 ❃ KEHADIRAN WANITA BUNIAN
025 ❃ SECAIR GLAZE COKLAT
026 ❃ MATA SEHIJAU EPAL
027 ❃ MATA SEMERAH DELIMA
028 ❃ EPAL GLAZE COKLAT
029 ❃ AMUK WANITA BUNIAN
030 ❃ KARENAH BUNIAN GENIT
031 ❃ GOSIP PARA ROSAMUND
032 ❃ Nųɑʆɑʆɛɑ Fiɾ Bɑʆqųiɳɑʆ
033 ❃ SEPANAS AIR TEH
034 ❃ IRAMA BOTOL ARAK
035 ❃ SIASATAN BUNIAN GENIT
036 ❃ NYMPH MELARIKAN DIRI
037 ❃ PERISTIWA DUNIA MALAM
038 ❃ CUBAAN MEMUJUK SELWYN
039 ❃ TAMPARAN CINTA BUNIAN
040 ❃ SPAGHETTI BEBOLA DAGING
041 ❃ BUKAN SENGAJA MEMBUNUH
042 ❃ SIHIR TANPA GENMA
043 ❃ AKU INGIN MATI
044 ❃ SESEKSI RASA DELIMA
045 ❃ DHAK & VRYKOLAKAS
046 ❃ TITISAN BEWARNA MERAH
047 ❃ AIR LUDAH BERDARAH
048 ❃ VRYKOLAKAS, BERYL & SYLVAN
049 ❃ DHAK SEPARUH JADIAN
050 ❃ PERINDU YANG DERITA
051 ❃ SILA SERTAI ROSAMUND
052 ❃ GILA SEORANG PENDERITA
053 ❃ SUSU COKLAT UNTUKNYA
054 ❃ SI GILA DAN SILUMAN
055 ❃ ANUGERAH KERAJAAN SILUMAN
056 ❃ HAJAT SEBELUM MATI
🍩GAMBARAN WATAK-WATAK🍩
057 ❃ PENUNTUT SIHIR LARANGAN
058 ❃ SURAT UGUTAN SYLVAN
059 ❃ SEJARAH HITAM BERYL
060 ❃ UPACARA SIHIR LARANGAN
061 ❃ LAKARAN MEDAN SIHIR
062 ❃ SI HINA MENARIK DIRI
063 ❃ KONFLIK ANTARA BUNIAN
064 ❃ DADA BERTEMU DADA
065 ❃ BISA TUSUKAN FITNAH
066 ❃ AMUK PEMILIK SEWA
067 ❃ SYLVAN DAN HASUTAN
068 ❃ BILAH KEGELAPAN MALAM
069 ❃ SERANGAN BOLA SALJI
070 ❃ CUBAAN MENGURAT BERYL
071 ❃ KASUT MILIK BUNIAN
072 ❃ RAGAM TIGA BUNIAN
073 ❃ TEMPAHAN KUBUR BERYL
074 ❃ AKU BERJASADKAN AKU
075 ❃ IGAUAN KENANGAN LALU
076 ❃ ARVIUS BERIKANKU NYAWA
077 ❃ IBU KEPADA SYAITAN
078 ❃ IBU YANG BODOH
079 ❃ BANGAU OH BANGAU
080 ❃ MARIRA DAN MONICA
081 ❃ KALUNG MILIK DHAK
082 ❃ FIRASAT SELWYN
083 ❃ MEDAN SIHIR DIBURU
084 ❃ JEMBALANG BURUNG HARPYJA
085 ❃ BERHUTANGKAN NYAWA
086 ❃ AIR MATA DHAK
087 ❃ NYANYIAN PENUNGGU TEBING
088 ❃ ROH MARIRA DISERU
089 ❃ MAAFKAN AKU MARIRA
090 ❃ ARVIUS BANGKAI BERNYAWA
🍅TINTA SAPTEMBER🍅
091 ❃ TIADA KELIBAT KEBAHAGIAAN
092 ❃ MISI BUNIAN GAGAL
093 ❃ AFTURGANGA BETINA
094 ❃ BANGKAI WANITA
095 ❃ MATI AKHIRNYA
096 ❃ MIMPI BASAH BERYL
097 ❃ PEREKA SENJATA MAGIS
098 ❃ DUNIA DAN LANGIT
099 ❃ CINDY DAN KASSANDRA
100 ❃ RIBUT DI DALAM BAR
101 ❃ MISI MENCULIK BUNIAN
102 ❃ TAMPARAN PADU GERGASI
104 ❃ TOLONG JANGAN MATI
105 ❃ PELURU PERMATA PERAK
106 ❃ BAHAN SIHIR BERPUAKA
107 ❃ GADIS PENJUAL BERAS
💔LAKARAN KONSEP WATAK💔
💔LAKARAN KONSEP WATAK II💔
108 ❃ HARPYJA SARAT BUNTING
109 ❃ SERPIHAN KUKU BANSHEE
110 ❃ SILUMAN SI PEDAGANG HARAM
111 ❃ MARUAH DUA LELAKI
112 ❃ BEVERLY DAN SYLVYEN
113 ❃ ANAK DARA SUNTI
114 ❃ DENDAM KESUMAT BEVERLY
115 ❃ MISI MENGGODA GLEN
116 ❃ BUNIAN YANG DISINGKIR
117 ❃ FITNAH GADIS BUNIAN
💓KONSEP WATAK-WATAK VIA RINMARUGAMES💓
118 ❃ SUARA HATI MAKHLUK SERUAN
119 ❃ SI BAPA AYAM
120 ❃ PEMBUNUHAN TANPA BUKTI
121 ❃ KEBANGKITAN JIWA PALSU
122 ❃ GADIS YANG SUDAH TIADA
123 ❃ DJINN DAN MARDYAKHOR
124 ❃ LAKHAN PENJAGA MARDYAKHOR
125 ❃ ROGAN PERAJURIT ROSAMUND
126 ❃ MAKHLUK SERUAN TERCINTA
127 ❃ GANGGUAN FIKIRAN SELWYN
🔴 REDBUBBLE 🔴
128 ❃ PERSINGGAHAN DI BRYNMOR
129 ❃ BERUNDING DENGAN DJINN
130 ❃ API KEMARAHAN DJINN
131 ❃ AIR MATA BEVERLY
132 ❃ PERTEMUAN ALAM MIMPI
133 ❃ RAHSIA ALAM ROH
134 ❃ GALAU JIWA BERTUKAR
135 ❃ MENGUMPAN IGNACE RAINAULT
136 ❃ BETINA GOLONGAN BAWAHAN
137 ❃ RANTAI SISIK DUYUNG
138 ❃ AIR MATA DAN DARAH
139 ❃ PERMAINAN TERAKHIR SYLVYEN
140 ❃ SYLVAN SI PENGKHIANAT
141 ❃ KAMAR BERANGKA 110
142 ❃ PERSENGKETAAN GADIS MANUSIA DAN GADIS BUNIAN
143 ❃ JANGAN PANDANG BELAKANG
144 ❃ PEDIH BELAKANG DITIKAM
145 ❃ PENGAKHIRAN BUAT SEGALANYA
🍎 EPILOG 🍎
145 ❃ RAMALAN MASA DEPAN
146 ❃ GURAUAN YANG MELAMPAU
147 ❃ DIBUNUH SAHABAT SENDIRI
148 ❃ MEMORI DI KOTA RAEGAN
149 ❃ FLORA SI GADIS PERIANG
150 ❃ EH?
151 ❃ PENYELAMAT NYAWA DHAK
152 ❃ SENDUK KAYU DAN KUALI
153 ❃ SI PENYERU ARVIUS
154 ❃ PERASAAN DIPERMAINKAN NYAWA DIPERTARUHKAN
155 ❃ MARIRA DAN ROGAN
156 ❃ NYAWA YANG DIPERALATKAN
157 ❃ BELLINDA SI GADIS ROSAMUND
158 ❃ KEJUTAN BUAT MARIRA
159 ❃ SI DALANG DAN BONEKA
160 ❃ PERANTIS ROSAMUND MAUT
161 ❃ MERATAP PEMERGIAN SAHABAT
162 ❃ TELINGKAH DI TANAH PUSARA
163 ❃ KEBANGKITAN SUMPAHAN MATA MERAH
164 ❃ TAKDIR YANG MEMERINTAH PEMENTASAN DUNIA
165 ❃ RINTIHAN SEKSA ROH ACANTHA
166 ❃ UCAPAN TERIMA KASIH
167 ❃ CINCIN SEORANG WANITA
168 ❃ SELAK TEPI KAIN
169 ❃ JELMAAN JIWA YANG DIHERET KELUAR
170 ❃ SUSUK TUBUH BERKERUDUNG LUSUH
171 ❃ KISAH KELAHIRAN JELMAAN JIWA
172 ❃ NAMA AKU SUNDAL
173 ❃ JELMAAN JIWA PRAMATANG
174 ❃ JANJI MAKHLUK SERUAN
175 ❃ MEREKA SEMUA MATI

103 ❃ SEKIRANYA SYLVAN MATI

857 118 77
Від saptember

"Apa?! Kau sudah behari-hari tidak pulang ke Rosamund adalah kerana kecuaian kau sendiri?!"

Grisha membuntangkan biji mata merahnya merenung Sylvan yang bersandar pada katil Beryl.

"Shhhhhhhh....... Perlahankan suara kau Grisha. Aku tidak mahu Glen tahu semua ini. Tercalarlah maruah aku. Oh, dan jangan beritahu perihal ini kepada kekanda Firth juga."

Sylvan meletakkan jari telunjuknya pada bibir.

"Dan kau mabuk dengan teruk?! Sehinggakan perut kau tertikam sebegini dahsyat?!"

Berkerut seribu Grisha merenung perut Sylvan yang berbalut.

"Salahkan Beryl."

Sylvan menyilangkan tangan pada dada dan tersenyum sinis pada Beryl.

"Kenapa aku pulak?"

Beryl menyandarkan bahunya pada bingkai pintu.

"Kau berikan aku wine merah."

"Kau berikan dia wine merah?"

Grisha menjeling Beryl.

"Kau tak payahlah minum. Apa masalah kau?"

Beryl memutarkan bola matanya.

"Kau suruh aku minum. Jadi aku minumlah."

"Kau minum dengan rela. Itu pilihan kau."

"Aku tidak minum dengan rela. Kau paksa aku."

"Aku paksa sebab kau kalah pertaruhan."

"Jadi ia sememangnya salah kau. Kau paksa aku."

"Kau boleh tolak paksaan aku."

"Kau paksa. Bagaimana aku boleh tolak paksaan kau?"

"Kau nak kata kau terpaksa?"

"Ya, kerana kau telah memaksa maka aku terpaksa."

"Jadi kau nak kata segala apa yang aku paksa, kau akan  terpaksa lakukan?"

Beryl menjongketkan keningnya.

"Ya, begitulah."

"Kau tak akan tolak paksaan aku?"

"Bagaimana aku boleh tolak paksaan kau?"

"Kalau macam tu, jum. Aku nak paksa kau minum air kencing aku."

"BERHENTI!! Perbualan apa ni!!"

Grisha mengherdik. Terasa panas telinga runcingnya mendengar perbualan Sylvan dan Beryl.

Beryl dan Sylvan terdiam sejenak.

"Senyaplah Grisha. Kau bising."

"Senyap?! Kau suruh aku senyap?! Aku risau menanti kepul--"

"Shhh...Tolong senyap."

Sylvan meletakkan jari telunjuknya pada bibir Grisha.

Grisha terdiam. Rona pada pipinya mula kemerahan.

Beryl memutarkan bola matanya.

Opps... merecik sedikit api cemburu. Eh, sekejap. Kau tak boleh cemburu Beryl. Kau tak ada hak.

"Aku tak sangka sebagai seorang sababat kau risaukan aku."

Perlahan-lahan tangannya menyentuh dagu Grisha.

"Ataupun ini dikatakan kerisauan pasangan kekasih?"

Sylvan menjongketkan keningnya sambil tersenyum sinis.
Sengaja mengusik Grisha.

"Ja..jangan merepek."

Grisha memalingkan wajahnya. Terasa segan.

Hati Beryl terdetik.... Oh! Tolonglah! Pergi cari biliklah kalau nak berasmaradana bagai. Pergi cari bilik sendiri! Ini bilik aku tau tak?! Dalam bilik aku!

"Eh? Grisha? Bibir kau? Sedikit bengkak?"

Sylvan berkerut merenung bibir Grisha.

Beryl tersentak.

Sekilas pandangan mata Grisha beralih pada Beryl. Mereka bertentangan mata untuk seketika lantas Grisha mengalihkan tangan Sylvan.

"Jangan risau. Aku tak apa-apa."

Pandangan mata Grisha tertunduk.

Beryl pula tertunduk sambil menggosok belakang tengkuknya.

Sylvan berkerut seribu. Tadi pandangan mata Grisha sekilas teralih pada Beryl. Isyarat apa tu?

"Beryl?! Kau yang buat?"

Sylvan menyergah.

"A-apa?!"

Soalan dijawab dengan soalan. Beryl entah kenapa gugup.

Beryl gugup? Beryl tidak pernah gugup. Beryl adalah raja segala membidas kata-kata orang. Juara bertahan sepanjang zaman. Dan kali ini Beryl gugup?

Baiklah, syakwasangka membawa padah.

"Mesti kau yang buat kan, Beryl?"

Sylvan menyilangkan tangan di dada dan merenung Beryl dengan pandangan mata penuh syakwasangka.

"Buat apa?!"

Wajah Beryl mula kemerahan menahan segan yang luar biasa. Ya! Kecuaiannya tertampar mulut Grisha adalah perkara yang paling memalukan. Ini lagilah menimbulkan syakwasangka. Dahlah gugup! Lepastu muka merah-merah!

"Ti-tidak..Ber..Berry tidak buat apa-apa."

Grisha menyelitkan rambut di belakang telinganya sambil tertunduk segan cuba mempertahankan Beryl.

Apa Berry Berry ni? Grisha pun gugup?

Beryl gugup? Grisha gugup? Dua-dua pun menahan segan?

"Beryl? Apakah! Adakah kau berkelakuan begitu rakus pada Grisha?!"

Beryl dan Grisha tersentak!

"Ke-kepala otak kau gila!! Bunian bodoh!"

Wajah Beryl semakin kemerahan. Telinganya terasa panas mendidih.

"Katakan Grisha, adakah Beryl telah berkelakuan kas-"

"Tidak! Tidak! Tidak! Aku kata tidak!"

Grisha mengeleng-geleng kepala sambil tertunduk.

"Sy-Sylvan! Lebih baik kau diam dan berhenti mengarut!"

Beryl mengigit bibirnya menahan geram.

Sylvan tersenyum sinis. Semakin menarik ni. Ini kali pertama lihat Beryl begini. Inilah masanya!

"Aku tahu hakikat sebenarnya. Aku tahu apa yang sudah   berlaku antara kalian."

Sylvan mengusap dagunya. Tersenyum sinis.

Beryl dan Grisha tergamam dan berdebar merenung wajah Sylvan.

"Dengan rakusnya kalian telah bercumbuan.."

"TIDAKK!!AKU KATA TIDAKKKKK!!!"

Terus Grisha menghentak perut Sylvan yang berbalut!

"Ufffff!!"

Terasa senak perut Sylvan.

Beryl tergamam.

"Aku kata tidak!! Tidak!! Tidak!!!"

Grisha hilang kawalan! Gila kau tak hilang kawalan? Siapa tak hilang kawalan kalau bayangkan lelaki berjambang dan berambut merah macam Beryl bercumbuan rakus dengan dirinya. Termasuklah pembaca. Baik perempuan atau lelaki. Kan? 😎👉

"Aduh... Grisha. Kau benar-benar gamak menghentak perut aku."

Sylvan mengaduh sakit sambil mengusap perutnya. Matanya terpejam erat. Pembalut putih kian kemerahan.

"Jangan salahkan aku. Kau yang paksa aku buat semua ni.Hentikan gurauan bodoh kau atau aku akan hentak dengan lebih kuat."

Grisha bersuara geram.

"Jantan buass..."

Sylvan mengerang kesakitan.

Beryl terdiam seribu bahasa. Grisha telah menghentak bahagian kecederaan Sylvan.

"Grisha, kau tak rasa kau melampau ke? Sylvan boleh mati."

"Diam. Kau akan berterima kasih pada aku sekiranya Sylvan mati."

Grisha merenung wajah Beryl seketika dan terus tertunduk.

Beryl terkebil-kebil. Apa maksudnya dengan 'Sekiranya Sylvan mati' ? Ah,lantaklah.

"Tak boleh. Sylvan tak boleh mati. Dia banyak hutang dengan aku."

"Kejammmm..."

Sylvan berbisik perlahan menahan sakit.


Продовжити читання

Вам також сподобається

375K 3.6K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...
48.4K 5.4K 100
Fantasy in fantasy. It's a dream but also a reality. It's an illusion but also were a dream. Then what is it the reality? Aerin Ofelia adalah seor...
1.7M 35.7K 40
| 2020 | 18+ PREVIU 35 BAB NOVEL | PDF CRIME ACTION ROMANCE
141K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...