Meme 57

8 0 0
                                    

Slogan "hadis dhaif boleh diamalkan untuk Faḍō^il al-A*māl" kadangkala diambil ringan, malah disalah guna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Slogan "hadis dhaif boleh diamalkan untuk Faḍō^il al-A*māl" kadangkala diambil ringan, malah disalah guna. 

Salah satu syarat yang saya kira disepakati oleh ulama yang membenarkan pengamalan hadis dhaif untuk Faḍō^il al-A*māl adalah tidak menganggap hal itu sabit daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Namun, biasa sahaja mereka menyampaikan hadis-hadis dhaif yang kononnya boleh beramal untuk Faḍō^il al-A*māl seolah-olah ia sabit daripada baginda. Malah, tidak pernah menyebutkan pun tentang kedhaifannya ketika menyebarkannya. 

Boleh jadi mereka sendiri sebenarnya tidak tahu status sebenar hadis tersebut. Kadangkala, hadis yang jelas ada perawi yang ditinggalkan dan dhaif yang bersangatan juga masih lagi ingin dipukal bersama dalam pengamalan. Itu pun masih lagi mahu terus bersolgan "hadis dhaif boleh diamalkan untuk Faḍō^il al-A*māl".

Adakalanya mereka berkata bahawa ahli ilmu berselisih tentang darjat sesuatu hadis. Walhal yang ahli ilmu berbeza pandangan adalah sama ada dhaif ringan, dhaif berat atau palsu pada hadis tersebut, bukan berselisih antara sahih dan dhaif.

Malah, mereka juga kadangkala menjadikannya sebagai hujah pensyariatan untuk membenarkan amalan yang tiada sandaran daripada asalnya. Akhirnya, mereka yang konon ingin mengikuti ulama menyimpang dari jalannya.

Yang lebih teruk lagi, mereka yang mengambil pandangan ini atas alasan kononnya mengikut ulama, tetapi golongan inilah yang selalu sahaja nama mereka terpalit dengan riwayat yang tidak berasas dan batil, malah palsu. Berbeza sungguh mereka dengan ulama yang mereka ambil yang langsung tidak terpalit dengan kekotoran ini.

Yang paling dibenci adalah sikap hipokrit mereka. Mereka menentang tatabbu* ar-Ruẖoṣ dalam fiqh, tetapi mereka melakukan tatabbu* ar-Ruẖoṣ dalam hadis. Dalam isu penilaian darjat hadis, mereka ingin memihak yang mensahihkannya dan bersungguh dalam menggenggamnya, lebih-lebih lagi jika ketika mereka dalam kritikan yang mereka meriwayatkan riwayat yang kontroversi. Dalam pendapat keharusan pengamalan hadis dhoif untuk Faḍō^il al-A*māl inilah yang mereka bermati-matian mempertahankannya. Namun, apa nilai slogan mereka dalam menentang tatabbu* ar-Ruẖoṣ yang mereka sendiri membelakangkannya dalam hal ini?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/636408227464183808/slogan-hadis-dhaif-boleh-diamalkan-untuk-fa%E1%B8%8D%C5%8D-il

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now