Meme 122

6 0 0
                                    

Kadangkala sangat menghairankan sebahagian orang yang bersungguh mempertahankan dan menegaskan pendirian bahawa rujukan mazhab perlu melihat sumber muktamadnya dan sumber aslinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kadangkala sangat menghairankan sebahagian orang yang bersungguh mempertahankan dan menegaskan pendirian bahawa rujukan mazhab perlu melihat sumber muktamadnya dan sumber aslinya. Adakalanya, keteguhan untuk bertegas dengan rujukan muktamad sehingga mengenepikan apa-apa sahaja pandangan yang bukan daripada rujukan tersebut dan tidak merasa apa-apa masalah untuk menyalahinya.

Tidak ada celaan pada ini jika itu penetapan undang-undang bagi sesebuah institusi dan kita perlu hormat autoriti, hierarki dan sistem yang diguna pakai dalam institusi tersebut. Kita sememangnya perlu merujuk kepada sumber yang berautoriti dan menjadi sandaran muktamad yang menjadi pegangan dan keseragaman baginya.

Namun, adakah itu mereka lakukan apabila berbicara tentang manhaj salaf? Kadangkala, kita melihat mereka mengupas dan mewacanakan tentang manhaj salaf, tetapi jarang untuk menemukan nukilan daripada karya salaf seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy atau karya-karya yang mengumpulkan nukilan daripada salaf seperti al-*Uluww Li *Aliyy al-Ġoffār karya aḏ-Ḏahabiyy.

Rujukan dan sandaran mereka adalah golongan yang terkebelakangan. Apabila kita mengajak mereka untuk merujuk karya-karya salaf, kita melihat keengganan yang nyata untuk mereka melakukan berbuat sedemikian. Jauh berbeza sikap mereka ketika berbicara tentang manhaj bagi sesuatu mazhab atau fiqh bagi mazhab tersebut. Kalau mereka berang apabila kita mengambil pandangan bagi sesuatu mazhab berdasarkan kitab yang bukan muktamad, mengapa mereka tidak melakukan yang sama ketika berbicara tentang manhaj salaf dengan merujuk karya-karya asal mereka yang menjadi neraca muktamad dalam mendeskripsikan dan mencitrakan manhaj tersebut?

Apabila jelas kenyataan dari rujukan salaf yang menyalahi pandangan mereka yang terkemudian, lihatlah bagaimana mereka bermain falasi Argumentum Ad Verecundiam semata-mata untuk berkeras kepala untuk mengakui kesilapan tersebut. Kata mereka: "Apakah para ulama ini jahil dan tidak pernah menekuni karya-karya salaf sehingga kamu berkata ia salah?" atau seumpamanya menjadi ratib di bibir mereka demi menegakkan benang yang basah. Kalaulah kita katakan yang sama ketika mengambil pandangan sesuatu mazhab dari sumber yang bukan muktamad, pasti mereka tidak mempedulikannya langsung, bahkan menolaknya tanpa ragu dan menganggap cara kita tidak menepati kriteria ilmiah!

Itulah ketaksuban yang mendungukan akal dan membutakan mata sehingga tidak mampu membezakan sumber muktamad lagi asli dengan sumber yang sekunder.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/648557859894886400/kadangkala-sangat-menghairankan-sebahagian-orang

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now