Meme 39

9 0 0
                                    

Sejujurnya, selama saya mengenal nama aḏ-Ḏahabiyy, saya tidak pernah tahu kewujudan karyanya yang berjudul Iṯbāt al-Yad Lillah Subḥānhu Ṣifatan Min Ṣifātih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejujurnya, selama saya mengenal nama aḏ-Ḏahabiyy, saya tidak pernah tahu kewujudan karyanya yang berjudul Iṯbāt al-Yad Lillah Subḥānhu Ṣifatan Min Ṣifātih. Sehinggalah penerbit Pustaka Ilmu Salaf menerbitkan buku terjemahannya yang berjudul "Mengimani Tangan Allah". Agak hampir kecoh juga suasananya apabila melihat buku seperti ini diterbitkan. Sudah tentu mereka yang beraliran al-Aš*ariyy akan merasa gelisah melihat judul seperti ini yang tampak mencabar arus perdana.

Saya ingin mengulas sedikit karya ini berdasarkan penulisan Arab yang asli. Adapun terjemahan, saya tidak memilikinya. Barangkali ia akan berlainan daripada yang asalnya seperti nota editor, catatan penterjemah dan lain-lain. Jadi, mungkin apa yang saya ulas terhadap kitab Arabnya tidak sama dengan buku yang diterjemahkan.

Saya melihat karya ini adalah sama seperti karya pendahulunya, ad-Dāroquṭniyy yang berjudul aṣ-Ṣifāt. Persamaannya adalah kedua-duanya mengumpulkan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah. Cuma yang berbeza adalah aḏ-Ḏahabiyy mengumpulkan ayat al-Qur^ān dan hadis yang memfokuskan sifat tangan bagi Allah, manakala ad-Dāroquṭniyy mengumpulkan hadis sahaja yang merangkumi sifat-sifat Allah secara umum. Antara persamaan lagi adalah tidak ada pendapat peribadi yang dititip dalam karya mereka. Apa yang mereka lakukan hanyalah membawakan naṣ yang sesuai dengan temanya, kemudian diakhiri dengan cara berinteraksi dengan naṣ-naṣ sebegini.

Bagi saya, jika mereka gelisah untuk membaca karya ini, seeloknya mereka membaca terlebih dahulu karya aṣ-Ṣifāt memandangkan apa yang dibuat oleh aḏ-Ḏahabiyy tidak jauh berbeza denganya. Setelah merasa aman apabila menelaah kitab tersebut, maka dengan izin Allah, dia pun akan merasa aman apabila membaca karya aḏ-Ḏahabiyy tersebut. Malah, seeloknya hendaklah memahami bagaimana manhaj salaf berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah. Jika tidak, kitab ini tidak akan memberikan rasa tenteram. 

Sememangnya tidak ada apa-apa masalah pada kitab tersebut. Hanya sahaja barangkali tajuk kitab yang terjemahan sahaja yang agak unik daripada yang lain sehingga tidak mudah untuk dihadam.

Saya berharap penerbit juga akan mengambil peluang untuk menterjemahkan judul aṣ-Ṣifāt karya ad-Dāroquṭniyy kerana manhaj penulisannya saling berkaitan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632896470927998976/sejujurnya-selama-saya-mengenal-nama-a%E1%B8%8F-%E1%B8%8Fahabiyy

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now