Meme 44

8 0 0
                                    

Ketika saya membentangkan keharusan melancap dengan membawakan dalil sokongan untuk pendapat mereka yang mengharuskannya seperti aḍ-Ḍoḥḥāk bin Muzāḥim dan sekumpulan dengannya sepertimana yang dinukilkan oleh Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, mereka berkata...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ketika saya membentangkan keharusan melancap dengan membawakan dalil sokongan untuk pendapat mereka yang mengharuskannya seperti aḍ-Ḍoḥḥāk bin Muzāḥim dan sekumpulan dengannya sepertimana yang dinukilkan oleh Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, mereka berkata bahawa hukum melancap ini ditegah kerana ia mendekati zina.

Saya hairan orang yang berkata sebegini. Dalam kitab fiqh mazhab telah pun masyhur bahawa sekalipun mereka mengharamkan lancap, tetapi mereka mengharuskannya apabila tidak dapat menahannya dan apabila ia mencegahnya daripada zina. Jadi, yang mana satu? Semuanya bergantung kepada tujuan akhir masing-masing, bukan? 

Atas sebab itulah saya juga sangat tegas memperingatkan mereka yang sewenang-wenangnya mengeksploitasi dan mengaplikasikan Sadd aḏ-Ḏarō^i* secara bermudah-mudahan dalam penulisan saya yang berjudul "Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah". Banyak dampak yang parah apabila kaedah ini diambil ringan dalam penerapannya. Sama ada ia akan menjadi sebab mengharamkan apa yang Allah dan rasul-Nya tidak mengharamkan secara tidak langsung atau alat memanipulasi persepsi aṭ-Ṭoyyibāt kepada manusia.

Contoh ini jelas. Apabila tidak dapat menafikan pendapat ahli ilmu yang muktabar lagi berwibawa yang mengharuskan melancap, mereka menggunakan kaedah ini untuk menegah perbuatan tersebut dengan alasan khuatir terjebak kepada maksiat yang lebih besar. Inilah dia taktik pengharaman secara tidak langsung. 

Kemudian, memandang buruk terhadap mereka yang mengambil pendapat ini kerana kononnya mengikut hawa nafsu. Jadi, adakah mereka yang berkaliber ini mengeluarkan pendapat ini dengan hawa nafsu mereka sehingga orang yang mengambil fatwa ini sama-sama menunggang hawa nafsu? Inilah dia memanipulasi persepsi aṭ-Ṭoyyibāt, iaitu sesuatu yang lazat. Mereka cuba memberi gambaran bahawa perbuatan tersebut adalah akhlak yang buruk setelah mereka tidak mampu menafikan pendapat tersebut adalah pendapat muktabar. Padahal, baik atau buruk boleh jadi ia relatif bagi individu dan budaya setempat, bukan universal. 

Beberapa sikap orang Arab badwi mungkin akhlak yang buruk di mata orang Arab yang hadhari, namun tidak sedemikian bagi sudut orang Arab badwi itu sendiri. Malah, sebahagian orang memakruhkan seks oral kerana dianggap perilaku yang tidak elok, walhal itu pandangan peribadi orang itu sahaja. Boleh jadi memakan sesuatu yang halal yang bukan dari adat setempat seseorang itu memberikan persepsi buruk terhadap orang, tetapi tidak pada orang yang telah biasa memakannya. Misalnya belalang. Ia mungkin menggelikan kita yang tidak biasa, tetapi tidak pada orang yang telah sebati dengan budaya di sana. 

Sekarang jelas bagaimana jahatnya orang yang cuba manipulasi dan mengukuhkan persepsi aṭ-Ṭoyyibāt kepada orang ramai. Sebab itulah saya sangat berkeras kebejatan orang yang menggunakan kaedah Sadd aḏ-Ḏarō^i* secara sembarangan. Mereka ini memperdaya orang ramai dengan hukum fiqh dan pandangan agama, walhal hakikatnya mereka telah mengotorkannya dengan kotoran yang halus.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632900949252489216/ketika-saya-membentangkan-keharusan-melancap

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now