Meme 159

7 0 0
                                    

Allah Subḥānahu Wa Taʿālā melebihkan suatu keistimewaan kerana Dia melebihkan tanggungjawab dan beban padanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Allah Subḥānahu Wa Taʿālā melebihkan suatu keistimewaan kerana Dia melebihkan tanggungjawab dan beban padanya.

Ini perkara kritikal yang sebahagian pejuang hak kesamarataan tidak menggarapnya dengan hemat. Bagi mereka, apa sahaja yang tidak kelihatan sama rata, mereka anggap itu bukan keadilan dan sehingga sanggup menolaknya sebahagian yang telah disyariatkan.

Para rasul dan para nabi mendapat kedudukan yang khas serta kewajipan untuk umat manusia beriman dan mentaati mereka berbanding manusia yang lain kerana mereka ada tanggungjawab yang besar dan beban yang dipikul yang wajib mereka melaksanakannya serta cabaran mereka dalam berdakwah sangat besar berbanding manusia yang lain.

Para pemimpin mendapat hak untuk ketaatan di bawah rakyatnya adalah kerana tanggungjawab yang dilebihkan kepadanya dan amanah yang besar yang wajib dilaksanakan.

Imam mendapat kelebihan yang besar berbanding makmum kerana tanggungjawabnya memimpin solat adalah besar yang memerlukan kemahiran pembacaan al-Qur^ān yang mantap.

Para lelaki mendapat kelebihan hak pengagihan harta warisan yang lebih banyak daripada perempuan kerana di sana ada tanggungjawab yang lain yang sepatutnya seorang lelaki wajib laksanakan yang mana perempuan tidak terobligasi dengannya.

Talak, poligami dan ketaatan kepada suami diberikan secara khas kerana suami dibebankan tanggungjawab yang lebih banyak berbanding wanita.

Semuanya ini mengindikasikan bahawa Allah tidak menawarkan kelebihan pada suatu perkara melainkan ada tanggungjawab dan beban yang perlu diambil dan ditunaikan.

Dan jika seseorang ingin memperoleh kelebihan itu, contohnya seperti suami yang menuntut hak ketaatan daripada isteri ke katil, maka dia perlu laksanakan tanggungjawab nafkah dengan seadilnya. Keistimewaan akan dihargai dan dirasai keadilannya apabila tanggungjawabnya dipenuhi dan dilaksanakan dengan sebaiknya.

Golongan pejuang hak sama rata ini hanya mahu membolot kelebihan dan keistimewaan, tetapi tidak mahu memerhatikan tanggungjawab dan beban di sebalik kelebihan itu.

Kemudian, mereka menyalahkan sistem yang dibina dan ditetapkan hanya kerana sebahagian orang tidak melaksanakan tanggungjawabnya dan amanahnya sepertimana yang digariskan. Misalnya seperti beberapa suami yang culas menunaikan nafkah. Hanya kerana ada beberapa daripada mereka ini, terus dipersalahkan hak talak dan ketaatan serta pengagihan harta pusaka yang lebih yang diberikan kepada suami.

Sememangnya suami yang culas akan ditarik dan dibenamkan kelebihannya kerana dia tidak layak untuk mendapatkannya.

Namun, bukan bermakna hanya kerana ada beberapa daripada mereka, terus dipersalahkan pembahagian yang kononnya tidak adil pada pengagihan harta pusaka, ketaatan dan lain-lain. Yang sepatutnya adalah menghukumnya di mahkamah keadilan, ambil tindakan terhadap suami itu serta lucutkan mereka daripada kelebihan itu, bukan menafikan keistimewaan itu sendiri yang dikhaskan untuk suami atau lelaki. Bezakan baik-baik.

Kalau peguam yang melakukan perbuatan yang menyalahi lunas undang-undang negara, bukan bermakna kita perlu merobohkan undang-undang itu sendiri. Cukuplah kita menghukum peguam yang terlibat dengan salah laku. Sedemikian juga dengan kes ini.

Dalam agama Islam, jika seseorang ingin keistimewaan dan kelebihan itu, maka tunaikan tanggungjawabnya dan pikul bebanannya. Ambil atau tinggalkan. Dunia adalah tempat ujian, bukan untuk bersenang-lenang.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/673767241707388928/allah-sub%E1%B8%A5%C4%81nahu-wa-ta%CA%BF%C4%81l%C4%81-melebihkan-suatu

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now