Meme 66

7 0 0
                                    

Hairan apabila kita menegur seseorang yang membuat kesalahan secara terbuka sama ada di pentas ceramah atau penulisan khayalak yang sama ada berupa kenyataan yang bodoh atau tuduhan dan penyifatan yang buruk terhadap orang, lalu kita disuruh oleh ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hairan apabila kita menegur seseorang yang membuat kesalahan secara terbuka sama ada di pentas ceramah atau penulisan khayalak yang sama ada berupa kenyataan yang bodoh atau tuduhan dan penyifatan yang buruk terhadap orang, lalu kita disuruh oleh pengikutnya atau pembelanya untuk menyampaikan teguran itu melalui mesej peribadi atau bersemuka.

Walhal, kita telah diblokir sebelum lagi mereka membising sedemikian.

Apa guna saranan sedemikian jika orang tersebut hanya kaki blokir orang sahaja? Bersemuka? Itu pasti tidak mungkin. Jika di ruang mesej peribadi pun tidak boleh diselesaikan secara baik, apatah lagi jika bersemuka.

Benarlah bahawa suruhan untuk mesej peribadi atau bersua muka berdepan adalah demi menutup kritikan terhadap kesalahan yang dilakukan secara terbuka.

Hairan, orang tersebut membuat kenyataan yang salah secara umum, namun mengharapkan orang menegurnya secara tertutup? Apabila orang ramai menghujani kritikannya, barulah terkial-kial untuk mengulangkaji dan menyemak. Misalnya, seseorang itu terbongkar dalam meriwayatkan hadis palsu. Apabila ditegur oleh ramai pihak, barulah dia mahu mencari siapa yang boleh membelanya atau kepada siapa yang boleh dijadikan sandaran yang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kerosakan yang dilakukannya.

Begitu juga orang yang memburukkan dan menuduh orang lain di medium yang terbuka. Walhal, dia sendiri yang tidak pernah bersemuka sebelum dia membuka mulutnya di pentas ceramah. Apabila dikecam hebat, itu pun masih ego untuk tidak mahu bersemuka dengan orang yang dia serang kerana terlalu ego. Sudahlah tiada minta maaf, jumpa secara peribadi pun tidak. Inikah yang para pembelanya mahu suruh orang lain membawakan suara tersebut ke ruangan peribadi?

Begitulah sebahagian orang yang entah di mana kehati-hatiannya dan hematnya ketika penulisan umum atau di pentas ceramah. Apabila bertimbun-timbun respons balas yang buruk, barulah tengadah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/639157340631973889/hairan-apabila-kita-menegur-seseorang-yang-membuat

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now