Meme 26

10 0 0
                                    

Saya menegaskan kepada al-Aš*ariyy untuk membaca dan menghadam karya-karya salaf yang menentang Jahmiyyah bukan kerana ketaksuban atau sekadar suka-suka sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya menegaskan kepada al-Aš*ariyy untuk membaca dan menghadam karya-karya salaf yang menentang Jahmiyyah bukan kerana ketaksuban atau sekadar suka-suka sahaja. Sebenarnya apa yang diwacanakan tentang Jahmiyyah tampak refleksinya pada al-Aš*ariyy. Malah, barangkali al-Aš*ariyy tidak menyedari bahawa sebahagian mereka adanya pembawa serpihan fahaman Jahmiyyah yang pekat dan tegar. 

Apabila membaca karya tersebut, ia bukan sahaja memberikan gambaran sebenar tentang manhaj salaf dalam berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah, tetapi sebagai pengukuhan kesedaran bahawa betapa bahayanya Jahmiyyah yang telah merasap masuk dan bergabung dalam panji al-Aš*ariyy. Kitab-kitab salaf yang soleh ini akan menjadi hakim dan menjadi pasukan pecantas jika kita benar-benar ingin memperoleh kelurusan dalam manhaj.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632894131612565504/saya-menegaskan-kepada-al-a%C5%A1ariyy-untuk-membaca

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now