Meme 3

32 1 0
                                    

Entah apa yang menyukarkan kefahaman untuk membezakan aurat yang hakiki dan yang bukan hakiki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Entah apa yang menyukarkan kefahaman untuk membezakan aurat yang hakiki dan yang bukan hakiki. Berpegang pada kaedah fiqh perubahan hakikat zat membawa perubahan hukum tidak akan merunsingkan sesiapa pun dalam isu ini.

Dalam mazhab aš-Šāfi*iyy, pendapat yang membezakan antara yang hakiki dan yang hakiki adalah dikuatkan dengan tidak jatuhnya talak isteri yang dita*līqkan suaminya yang apabila isteri itu melihat fulan, maka jatuh talaknya, lantas isteri itu melihat fulan pada pantulan air dan imej cermin. Dalam mazhab Ḥanafiyy pula, pendapat yang membezakan ini dikaitkan dengan isu seseorang tidak dikira melanggar sumpahnya apabila dia bersumpah untuk tidak melihat wajah fulan, lantas dia melihat wajah fulan pada pantulan air.

Dalam karya fiqh klasik mencangkupi air dan cermin kerana itu adalah kemampuan yang ada pada zaman tersebut. Adapun zaman ini, hukumnya sama terpakai pada patung, gambar bercetak, fotografi, paparan skrin digital dan hologram.

Untuk pengaitan kes yang berkaitan dalam menatijahkan keselarian penghukuman fiqh, saya membawa contoh terhadap wuduk. Semua ini jelas bahawa fuqaha mazhab dan saya tidak hanya terbatas melihat pembezaan yang hakiki dan yang diserupakan seperti hakiki atau bukan hakiki ini hanya pada isu lihatan aurat sahaja. Ia mempunyai kesan domino yang lain.

Malangnya, inilah para pengingkar tidak mahu melihatnya. Apa yang dia sibuk untuk menyamakan hukum melihat aurat di kaca televisyen dengan melihat aurat yang sebenar, tetapi tidak mahu memerhati kesan hukum yang lain apabila dia menetapkan hukum sebegitu. Inilah dampak buruk yang mendahulukan sentimen berbanding ilmu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632872637634396160/entah-apa-yang-menyukarkan-kefahaman-untuk

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now