Meme 54

10 0 0
                                    

Sangat ironi pembela dan pengikut Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy selalu mengungkapkan slogan as-Sawād al-A*ẓom

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sangat ironi pembela dan pengikut Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy selalu mengungkapkan slogan as-Sawād al-A*ẓom. Kemudian, mereka mengungkapkan celaan yang begitu nista sekali terhadap salafi kononnya menyalahi golongan majoriti. Namun, lihat pula bagaimana sikap mereka apabila Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian setelah 1000 tahun setelah kewafatannya. Yang ini apa pula? Jilat ludah sendiri?

Kemudian, sebahagian mereka berkata: "Mari kita nilai dengan neraca ilmu". Eh? Jika salafi yang berkata sedemikian, mereka bersungguh-sungguh hamburkan kutukan. Sekarang, mereka meneguk semula muntah yang mereka taburkan ke wajah orang lain? Menuju kepada penilaian dengan neraca ilmu inilah yang dijunjung dan dipegang semat oleh salafi. Sekarang, mereka baru sedar nilainya yang tinggi setelah sudah tidak ada lagi alat untuk bermain kad Argumentum Ad Verecundiam?

Tiba-tiba mereka pula ini merasa diri mereka ini sebagai ahli ilmu untuk terus melihat neraca ilmu dalam penentu salah dan benar. Kalau salafi mengajak kepada dalil al-Qur^ān dan as-Sunnah, anda lihatlah dengan mata kepala bagaimana mereka buat untuk mempersenda dan mempertikaikan kemampuan ilmu seseorang lain. Kononnya salafi berlagak pandai dan mahu tunjuk jaguh. Dituduh pula salafi sebagai tidak beradab terhadap ulama apabila membawakan dalil al-Qur^ān dan as-Sunnah untuk menyelisihi ahli ilmu. Lalu, adakah Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy ini menghormati ulama, khusus ad-Dārimiyy apabila menuduh sedemikian? Sekarang, mereka kononnya bertawaduk dan bersandar kepada penilaian ulama kini ingin berdiri menjadi pembela jaguhan yang persis ahli ilmu apabila tembelang terpecah setelah dapat tahu Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy menyalahi as-Sawād al-A*ẓom yang mereka canang-canangkan?

Paling melucukan, mereka ini jugalah melontarkan persoalan sanad pengajian dan perguruan kita demi menyerang peribadi individu lain dan berdalih untuk menutup kekeringan hujah. Namun, apa pula sanad pengajian Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy sehingga tergamak menuduh sebegitu? Siapa gurunya? Apa sanadnya? Pengajian bersanadnya menatijahkan kefahaman sebegitu? Pernah pembela-pembela al-Kawṯariyy tanya persoalan ini? Bahkan, mereka sendiri yang tidak segan silu menjadi pembela terhadap tuduhan jahat ini kepada tokoh sarjana salaf. Soalan itu dilemparkan kepada seteru mereka sahaja. Tidak menjadi cerminan dan dasar kepada manhaj sendiri.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/635577393518641152/sangat-ironi-pembela-dan-pengikut-z%C4%81hid


Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now