Meme 90

5 0 0
                                    

Dalam ilmu hadis, khususnya rujukan al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, kalau tajuk kitab namanya ada tulisan "Tārīẖ" (تاريخ), bukan semestinya kitab catatan sejarah, tetapi ia kitab hal ehwal atau biografi perawi hadis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam ilmu hadis, khususnya rujukan al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, kalau tajuk kitab namanya ada tulisan "Tārīẖ" (تاريخ), bukan semestinya kitab catatan sejarah, tetapi ia kitab hal ehwal atau biografi perawi hadis.

Saya beri beberapa contoh kitab al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl yang menjadi rujukan penting yang bertajuk "Tārīẖ" :

a) Tārīẖ aṯ-Ṯiqōt karya *Abdullah bin Ṣōliḥ al-*Ijliyy.

b) Tārīk Ibn Ma*īn riwayat anak muridnya seperti ad-Dārimiyy, ad-Dūriyy, Ibn Ṭohmān, Ibn al-Junayd dan Ibn Muḥriz.

c) Al-Buẖōriyy ada mengarang at-Tārīkẖ al-Kabīr dan at-Tārīkẖ al-Awṣot.

d) Al-Ma*rifah Wa at-Tārīẖ karya Ya*qūb bin Sufyān al-Fārisiyy.

e) Tārīẖ karya Abū Zur*ah *Abdul Roḥmān bin *Amr bin *Abdullah bin Ṣofwān ad-Dimašqiyy.

f) Tārīẖ karya Abū Saʿīd ʿAbdul Roḥmān bin Aḥmad bin Yūnus.

g) Ibn Šyāhīn ada mengarang Tārīẖ Asmā^ aṯ-Ṯiqōt dan Tārīẖ Asmā^ aḍ-Ḍu*afā^ Wa al-Kaḏḏābīn.

h) Tārīẖ *Ulamāʾ al-Andalus karya Abū al-Walīd bin al-Faroḍiyy.

i) Tārīẖ Jurjān karya Abū al-Qōsim Ḥamzah bin Yūsuf.

j) Tārīẖ Aṣbahān atau dikenali sebagai Aẖbār Aṣbahān karya Abū Nu*aym al-Aṣbahāniyy.

k) Tārīẖ Naysābūr karya al-Ḥākim an-Naysābūriyy.

l) Tārīẖ Baġhdād karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy.

m) Tārīẖ Dimašq karya Ibn *Asākir.

n) Tārīẖ al-Islām Wa Wafayāt al-Mašyāhīr al-A*lām karya aḏ-Ḏahabiyy.

Dan banyak lagi. Apa pun, yang disenaraikan ini yang pastinya bukan kitab catatan sejarah. Kalau ada lagi yang lain, disarankan semak jenis buku terlebih dahulu sebelum membelinya.

Cuma, kalaulah ada orang yang tersalah beli kitab yang berjudul Tārīẖ ini kerana menyangka ia adalah buku sejarah, saya berdoa dia akan menjadi ahli hadis.

Bukannya tidak bermanfaat kitab tersebut. Sebagai contohnya Tārīẖ Baġhdād karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy. Sesiapa yang biasa dengan kajian hadis akan lihat betapa besarnya manfaat dalam kitab tersebut.

Kitab tersebut telah pun mengumpulkan perawi-perawi yang pernah sampai atau mendiami di Baghdad dan pengarang kitab tersebut mengumpulkan qaul ahli hadis terhadap perawi tersebut dalam pelbagai rujukan yang penting sama ada secara bersanad atau secara ta*līq seperti al-Jarḥ Wa at-Taʿdīl karya Ibn Abī Ḥātim ar-Rōziyy, al-Kāmil Fī Ḍuʿafāʾ ar-Rijāl karya Ibn ʿAdiyy, Tārīẖ Ibn Maʿīn, Tārīẖ al-Kabīr dan Tārīẖ al-Awṣoṭ karya al-Bukẖōriyy, aṭ-Ṭobaqōt al-Kubrō karya Ibn Sa*d serta pelbagai yang lain.

Maksudnya, memang puas juga kalau ada kitab ini. Pendapat-pendapat ahli hadis yang diperlukan sudah dimuatkan dalam kitab tersebut. Saya sendiri jika ada terjumpa perawi yang nisbahnya al-Baġdādiyy atau saya tahu yang pernah sampai ke Baghdad, saya terus rujuk kitab ini dan saya seperti merasakan tidak perlu pun untuk rujuk yang lain sebab banyak termuat di sini.

Jika Tārīẖ al-Islām karya aḏ-Ḏahabiyy, lagi banyak pula rujukan dan sumber pengambilannya yang dikumpulkan dalam kitab tersebut.

Jangan dirasakan tidak bermanfaat atau rugi apabila membelinya. Ia bermanfaat dalam bidang yang diperlukan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643023280912121856/dalam-ilmu-hadis-khususnya-rujukan-al-jar%E1%B8%A5-wa

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now