Meme 79

9 0 0
                                    

Apabila kita mempersoalkan sama ada al-Aš*ariyy benar-benar memahami manhaj salaf atau tidak, bukan kerana kita sengaja untuk menyalakan permusuhan atau menyimpan dendam terhadap mereka, tetapi ia sememangnya pertanyaan serius memandangkan setelah...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila kita mempersoalkan sama ada al-Aš*ariyy benar-benar memahami manhaj salaf atau tidak, bukan kerana kita sengaja untuk menyalakan permusuhan atau menyimpan dendam terhadap mereka, tetapi ia sememangnya pertanyaan serius memandangkan setelah jelasnya percanggahan antara realiti yang salaf laluinya dan apa yang mereka gambarkan.

Salaf berkata Istawā (اسْتَوَى) bermaksud ʿAlā (عَلَا), Irtafaʿa (ارْتَفَعَ) dan Istaqorro (اسْتَقَرَّ), tetapi mereka mendakwa bahawa salaf tidak memakai makna zahir, tidak menentukan makna tertentu, tidak tahu makna yang dikehendaki pada lafaz tersebut dan menyerahkan maknanya yang selayaknya kepada Allah.

Salaf menentang penafsiran Istawā kepada Istawlā (اسْتَوْلَى), tetapi mereka mentafsirkannya sebegitu.

Ibn Qutaybah dan sebahagian ahli tafsir salaf menyatakan bahawa Istawā adalah Istaqorro, tetapi mereka mencelanya.

Aḥmad bin Ḥanbal dan al-Buẖōriyy mengisbatkan suara bagi kalam Allah, tetapi mereka berkata itu adalah pendapat mujassim. 

Apabila kita berkata sama seperti salaf, kita ditentang dengan keras. Kalau tidak percaya, cubalah cakap di hadapan mereka bahawa makna Istawā adalah Istaqorro dan kalam Allah bersuara. Nantikan sahaja tuduhan mujassim dan musyabbihah akan dilemparkan pada kita. Dan cubalah cakap bahawa Istawā dengan makna Istawlā adalah salah. Pasti kita akan dituduh tidak menghormati ulama, memperlekeh kemampuan mereka dalam ilmu bahasa dan melagak pandai di hadapan mereka!

Sebenarnya al-Aš*ariyy benar-benar memahami salaf atau hanya berdelusi dan berkata sedemikian hanya untuk menjaga reputasi sahaja dari dilondehkan tembelang mereka?

Kami sama sekali tidak ada masalah jika mereka ingin membentuk fahaman sendiri yang diubahsuai dan dibaharukan daripada apa yang dibawakan salaf jika diyakini berdiri di atas hujah yang kukuh. Jika anda ingin berkata bahawa Istawā bukanlah Istaqorro, dipersilakan jika ada hujah bahasa terhadapnya. Namun, memperdaya orang ramai bahawa mereka memahami bagaimana manhaj salaf dan tidak ada pergeseran antara mereka dan salaf, tetapi pada hakikatnya, itu cumalah dakwaan yang tidak berpijak pada realiti, malah menentang keras apa yang disebutkan dan dibawakan salaf, maka inilah yang dicela.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642234548049100800/apabila-kita-mempersoalkan-sama-ada-al-a%C5%A1ariyy


Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now