Meme 46

7 0 0
                                    

Saya tidak ada apa-apa masalah apabila orang menolak pendapat ini kerana mendahulukan dalil berbanding tokoh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya tidak ada apa-apa masalah apabila orang menolak pendapat ini kerana mendahulukan dalil berbanding tokoh. Maksudnya, ukuran salah dan benar berpaksikan pada al-Qur^ān dan as-Sunnah menurut, bukan daripada pendapat manusia sekalipun daripada tokoh besar. Walaupun saya tidak sependapat dengan penolakan mereka ini dan saya juga mempunyai hujah pembelaan untuk pendapat ini, saya hormati orang ini kerana berdiri di atas prinsip.

Yang menjadi masalah adalah mereka yang tidak ada kemampuan untuk menjadikan prinsip itu sebagai praktik penilaian salah dan benar, kemudian mereka ini juga berkata bahawa kita dipersilakan untuk mengikut mana-mana pendapat ulama yang muktabar kerana mereka berfatwa atas iltizam terhadap kebenaran dan kesungguhan serta ketekunan. Namun, orang yang sama inilah mencela orang yang mengambil pandangan ini kerana kononnya mengikut hawa nafsu. Adakah dua ahli fiqh ini mengeluarkan pandangan atas dasar hawa nafsu sehingga orang yang mengambilnya adalah pengikut hawa nafsu juga? 

Saya hairan orang sebegini mengutuk pandangan ini atau membuat gambaran buruk sampai tidak sedar tinta siapa yang mencoretkan pandangan ini. Seolah-olah lupa prinsip yang mereka pegang. Inilah orang yang saya cela sekarang ini dan orang seperti inilah yang menjadi subjek penyebutan saya, bukan mereka yang awal tadi. Orang seperti ini sememangnya layak dipanggil hipokrit, manakala mereka yang awal tadi layak dikatakan di atas prinsip yang lurus.

Mereka mungkin sukar untuk menghadam atau menerima pandangan ini, tetapi ingatlah bahawa yang menyatakan pandangan ini adalah orang yang luas ilmunya dan mendalam kefahamannya. Mungkin masuk akal pendapat ini salah jika al-Qolyūbiyy seorang sahaja yang menyebutkan pandangan ini. Setiap ahli ilmu kadangkala tidak terlepas dari alpa juga. Namun, yang ajaib adalah pandangan ini juga bersamaan dengan al-Bujayrimiyy yang setelahnya. Ini sukar untuk menafikan berlakunya kecelaruan terhadap mereka berdua ketika mencoretkan pandangan ini. Al-Bujayrimiyy juga seorang ahli fiqh kebesaran. Tidak mungkin al-Bujayrimiyy bertemu dengan al-Qolyūbiyy untuk berkomplot dalam mengeluarkan pandangan seperti ini. Sukar untuk diyakinkan bahawa mereka berdua mengeluarkan pendapat ini mempunyai niat yang jahat atau tidak teliti apa yang diucapkan.

Kalaulah kita mengiktiraf kewibawaan ilmu mereka dan bahawasanya mereka berdiri di atas kesungguhan dan ketekunan untuk kebenaran, sukar untuk menyatakan bahawa mereka sengaja melakukan kesilapan sebegini. Saya hormati mereka yang ingin menolak pandangan ini atas dasar dalil. Namun, mereka yang selalu sahaja berslogan sana sini bahawa perselisihan ahli ilmu adalah rahmat ini tiba-tiba mahu mencabul prinsip mereka ini hanya kerana ia adalah isu yang tidak kena dengan citarasa mereka, bukan kerana cerapan dalil. Perselisihan adalah rahmat tiba-tiba menjadi azab dan perselisihan yang muktabar terus menjadi 

Sekarang mudah sahaja untuk kenal siapa yang berkata atas dasar prinsip dan siapa yang berkata atas dasar sentimen.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632939922865750016/saya-tidak-ada-apa-apa-masalah-apabila-orang

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now