Al-Ājurriyy berkata :
سألتُ أَبا داود، عن سويد؟ فقال: سمعت يحيى بن معين يقول: سويد مات مُنذ حين. وسمعت يحيى قال: هو حلال الدم. وسمعت أحمد ذكره فقال: أرجو أن يكون صدوقًا. أو قال: لا بأس به.
Aku bertanya kepada Abū Dāwud tentang Suwayd. Dia berkata; Aku mendengar Yaḥyā bin Ma*īn berkata: "Suwayd meninggal dunia semenjak suatu masa". Aku mendengar Yaḥyā berkata: "Dia dihalalkan darahnya". Aku mendengar Aḥmad menyebutkannya. Dia berkata: "Aku berharap bahawa dia seorang yang jujur" atau dia berkata: "Tidak ada masalah padanya". [Su^ālāt Abī *Ubayd al-Ājurriyy Li Abī Dāwud, m/s 289, keluaran al-Farūq al-Ḥadīṯah Li aṭ-Ṭibā*ah Wa an-Našr, tahqiq Abū *Umar Muḥammad bin *Aliyy al-Azhariyy].
Faktor penyebutan Yaḥyā bin Ma*īn sebegitu adalah kerana hadis palsu yang Suwayd riwayatkan bahawa kononnya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda :
مَنْ عَشِقَ فَعَفَّ وَكَتَمَ فَمَاتَ مَاتَ شَهِيدًا
"Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menjaga kehormatannya dan menyembunyikan cintanya, lalu dia mati, maka dia mati dalam keadaan syahid".
Aḏ-Ḏahabiyy berkata :
وقال الحاكم: أنكر على سُوَيْد حديثه في الْعِشْق. قال: وقيل إنّ يَحْيَى بْن مَعِينٍ لَمّا ذُكِرَ له هذا الحديث قال: لو كان لي فَرَس ورُمْح غَزَوْتُ سُوَيْدًا.
Berkata al-Ḥākim: "Diingkari hadis Suwayd tentang keasyikan cinta". Dia berkata: Dikatakan bahawa Yaḥyā bin Ma*īn tatkala disebutkan hadis ini kepadanya, dia berkata: "Kalaulah aku ada kuda dan panah, pasti aku berperang dengan Suwayd". [Tārīẖ al-Islām wa Wafayāt al-Mašāhir wa al-A*lām, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 5, m/s 836, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwaḍ Ma*rūf].
Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642987589781143552/al-%C4%81jurriyy-berkata-%D8%B3%D8%A3%D9%84%D8%AA-%D8%A3-%D8%A8%D8%A7-%D8%AF%D8%A7%D9%88%D8%AF-%D8%B9%D9%86-%D8%B3%D9%88%D9%8A%D8%AF
YOU ARE READING
Santai Perkongsian Agama Melalui Meme
RandomKoleksi meme yang dihasilkan oleh Amir Kazuma untuk mengongsikan isu-isu agama secara santai bersama penerangan dan kapsyen yang diperlukan. Kolum ini diboleh secara rawak, cuma elok membaca pendahuluan terlebih dahulu untuk memahami maklumat yang b...