Meme 91

6 0 0
                                    

Walaupun saya agak kuat penentangan terhadap al-Aš*ariyy, terutamanya dalam isu tafwid naṣ-naṣ mustasybihat sifat Allah dan isu isbat huruf dan suara bagi kalam Allah, tetapi saya menghargai jasa mereka dalam menentang falsafah yang sesat dan mero...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Walaupun saya agak kuat penentangan terhadap al-Aš*ariyy, terutamanya dalam isu tafwid naṣ-naṣ mustasybihat sifat Allah dan isu isbat huruf dan suara bagi kalam Allah, tetapi saya menghargai jasa mereka dalam menentang falsafah yang sesat dan merosakkan minda dengan pelbagai pemikiran yang mengujakan dan memperdaya umat Islam.

Saya secara peribadi tidaklah mendalami pemikiran dan falsafah secara tuntas sepertimana yang diceburi mereka, namun saya seringkali melihat bagaimana giat aktif mereka dalam membahaskan isu-isu pemikiran klasik dan semasa serta membentangkan hujah dalam mendepani aliran-aliran pemikiran tersebut. Cakupan mereka dari golongan Bāṭiniyyah yang menyeleweng sehinggalah kepada pemikiran yang asing yang cuba bertapak dalam pemikiran umat Islam.

Orientasi pemikiran yang menjurus kepada deduktif atau dikenali sebagai madrasah ar-Ro^y telah menghasilkan pelbagai teori dan pengembangan dalam pelbagai bidang ilmu. Ia tidak terhad dalam bidang akidah dan fiqh sahaja, tetapi ia menuju kepada yang lebih jauh sehingga kepada kajian saintifik, isu moral dan lain-lain. Umat Islam yang menikmati perluasan ilmu ini berkemungkinan besar sekali akan berterima kasih kepada kontribusi aliran al-Aš*ariyy.

Manakala, Ḥanābilah yang berorientasikan kepada pemikiran induktif akan menjadi penyelia, penyeimbang dan penyaring kepada apa yang dibentangkan al-Aš*ariyy. Mereka akan memastikan teori dan kupasan mereka itu menepati usul-usul agama dan membuang segala elemen yang menyalahi teras syariat agama ini. Sebab itulah mereka mengambil pendirian yang berbeza dalam dua isu yang telah disebutkan tadi. Bukan kerana perseteruan mereka terhadap aliran ar-Ro^y, tetapi kerana itulah hasil yang disaring melalui pengamatan teks-teks agama.

Masing-masing membawa peranan yang bermanfaat dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643029731657269248/walaupun-saya-agak-kuat-penentangan-terhadap

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now