Meme 23

14 0 0
                                    

Yang melucukan adalah saya tidak ada hak untuk mengkritik orang yang menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sebagai mujassim kerana kesarjanannya, padahal tuduhan tersebut tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun setelah 1000 tahun kewafatannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yang melucukan adalah saya tidak ada hak untuk mengkritik orang yang menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sebagai mujassim kerana kesarjanannya, padahal tuduhan tersebut tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun setelah 1000 tahun kewafatannya. Mereka mempertikaikan apa kelayakan saya dalam mengkritiknya, sedangkan apa pula kelayakan penuduh itu melemparkan tuduhan jelek terhadapnya?

Juga yang melucukan adalah apabila adanya kritik dan pengkafiran terhadap karya Ibn *Arobiyy dan al-Jīliyy, ia tidak perlu diperhatikan kerana mereka berdua ini dibela oleh tokoh-tokoh ternama kendatipun telah wujud tokoh-tokoh yang agung yang mengkritik dan mengkafirkannya, namun mereka juga tidak segan silu menuduh ad-Dārimiyy sebagai mujassim yang dibela kesarjanaannya, kewibawaannya dan keagungannya secara sepakat selama 1000 tahun dan tidak ada seorang pun yang menyinggungnya. 

Apabila dibawakan kalam Ibn *Arobiyy dan al-Jīliyy sebagai hujah pengkafiran, mereka berkata adanya takwil dan perlu difaham mengikut konteks kehalusan sufi. Namun, mereka juga tidak segan silu menyelongkar kalamad-Dārimiyy demi menyatakan bahawa dia adalah mujassim tanpa mahu terlebih dahulu membuat penelitian sepertimana yang mereka selalu usulkan ketika Ibn *Arobiyy dan al-Jīliyy dikritik.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632893497041649664/yang-melucukan-adalah-saya-tidak-ada-hak-untuk

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now