Meme 137

3 0 0
                                    

Hipokrit sebahagian penganut aliran al-Aš*ariyy adalah mereka akan menguak-nguak kekecohan apabila dapat tahu yang Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dan an-Nawawiyy dituduh pembawa akidah yang menyeleweng dan dikeluarkan daripada ahli sunnah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hipokrit sebahagian penganut aliran al-Aš*ariyy adalah mereka akan menguak-nguak kekecohan apabila dapat tahu yang Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dan an-Nawawiyy dituduh pembawa akidah yang menyeleweng dan dikeluarkan daripada ahli sunnah. Kalau langit boleh pecah kerana menanggung sentakan mereka, pasti berderai merata serpihannya.

Namun, mereka inilah sama-sama menyebarkan, menyokong dan menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, Aḥmad bin *Abdullah bin Ḥanbal, Abū Bakr al-H̱ollāl dan al-Lālikā^iyy sebagai musyabbihah dan dikeluarkan daripada ahli sunnah tanpa rasa bersalah pun. Tokoh-tokoh semua ini tidak pernah pun dituduh oleh sesiapa pun meskipun daripada sarjana al-Aš*ariyy selama beratus-ratus tahun setelah kewafatan mereka. 

Jika mereka tidak menuduh pun, mereka redha dengan menganggap bahawa itu adalah pandangan yang muktabar atau buat-buat tidak tahu dan tidak mahu melakukan kecoh sepertimana yang terjadi an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy.

Hina sangatkah mereka ini di mata mereka berbanding an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy? Mengapa? Sebab pemuka-pemuka salaf ini tidak berselari dengan pegangan akidah mereka, lalu mereka merasa tidak ada masalah kalau kesemua ini dicela dan diburukkan?

Kami tidak ada masalah kalau mereka akui yang mereka bersepakat dengan Jahmiyyah dalam isu sifat Allah. Namun, kami menempelak hipokrit mereka ini yang kononnya terbebas daripada ajaran sesat, tetapi dalam masa yang sama menyelisihi, bahkan menentang dan mengotorkan kredibiliti para jaguhan salaf dalam isu akidah atau menjadi orang yang redha kepada orang yang melakukan sedemikian.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654374625756741632/hipokrit-sebahagian-penganut-aliran-al-a%C5%A1ariyy

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now