Meme 29

11 0 0
                                    

Manhaj yang ditempuh salaf dalam berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah adalah mudah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Manhaj yang ditempuh salaf dalam berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah adalah mudah. Riwayatkan sahaja sepertimana ia datang dan tanpa melakukan tasybih. Isbatkan sahaja makna zahir, tetapi sama sekali tidak beriktikad bahawa adanya penyerupaan kepada makhluk. Mereka tidak berbahas dan memberi tafsir terhadapnya.

Yang menjadi pertikaian al-Aš*ariyy adalah pengisbatan makna zahir. Apabila kita mengisbatkan makna zahir, mereka berkata: "Bukankah makna zahir membawa makna jisim, anggota dan tempat?". Saya katakan ketikamana engkau membuka mulutmu untuk menyebut kalimah "Bukankah", ini adalah had yang ditegah oleh para salaf, iaitu mendalaminya dan memberi tafsir terhadapnya! Apabila engkau berkata "bukankah" bermakna engkau membuka jalan untuk mendalami makna dan menjadi pencetus kepada tafsir walaupun ringkas! Inilah akibatnya enggan untuk memahami manhaj salaf, tetapi masih juga mendakwa bahawa bahawa mereka seragam dengan salaf.

Kata Ibn al-Mubārok pada apa yang diriwayatkan al-Buẖōriyy seperti berikut :

وَقَالَ ابْنُ الْمُبَارَكِ: «لَا نَقُولُ كَمَا قَالَتِ الْجَهْمِيَّةُ إِنَّهُ فِي الْأَرْضِ هَهُنَا، بَلْ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى» ، وَقِيلَ لَهُ: كَيْفَ تَعْرِفُ رَبَّنَا؟ قَالَ: «فَوْقَ سَمَاوَاتِهِ عَلَى عَرْشِهِ»

Berkata Ibn al-Mubārok: "Kami tidak mengatakan sepertimana Jahmiyyah katakan bahawasanya Dia di bumi di sini, bahkan Dia bersemayam di atas Arasy". Dikatakan kepadanya: "Bagaimana engkau mengenali tuhan kita?". Dia berkata: "Di atas langit-langitNya atas Arasy-Nya". [H̱olq Af*āl al-*Ibād Wa ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah, m/s 30, keluaran Dār al-Ma*ārif as-Su*ūdiyyah, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān *Umayroh].

Adakah di sini Ibn al-Mubārok tidak memahaminya dengan makna zahir? Adakah dia sedang maksudkan Allah di langit sekadar lafaz sahaja? Adakah engkau ingin berkata "bukankah" kepadanya ketikamana dia menyebutkan "di atas langit dan di atas Arasy-Nya"? Adakah engkau ingin berkata bahawa dia sedang menyebutkan kalam yang menunjukkan tasybih kepada Allah?

Tahanlah lidah daripada berkata "bukankah" atau seumpama dengannya yang menunjukkan adanya usaha untuk mendalami makna atau membuka ruang tafsir. Sekarang anda berdegil ingin bertanya "bukankah itu" dan "bukankah ini" kerana gelisah terhadap sang empunya kalam yang menunjukkan tasybih. Sedangkan sang empunya kalam langsung tidak memahami sepertimana apa yang ditanyakan "bukankah itu" dan "bukankah ini"! Dengan pertanyaan ini, sama ada engkau ingin mahu menuduh seseorang itu musyabbihah atau engkau ingin menuju ke haluan yang berbeza dengan salaf yang soleh. Padahal, pertanyaan ini dari awal lagi ditegah para salaf.

Sebab itulah tidak menghairankan al-Aš*ariyy ini dituduh memiliki serpihan daripada Jahmiyyah. Sebab itulah saya berkali-kali mengingatkan untuk menghadam karya salaf yang membantah Jahmiyyah. Sekarang, apabila mereka degil, lihatlah apa yang terjadi sekarang.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632894684385230849/manhaj-yang-ditempuh-salaf-dalam-berinteraksi

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now