Meme 40

8 0 0
                                    

Sejujurnya, saya hanya kenal Muḥammad bin *Abdul Wahhāb pada nama dan beberapa cerita sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejujurnya, saya hanya kenal Muḥammad bin *Abdul Wahhāb pada nama dan beberapa cerita sahaja. Tidak lebih dari itu. Namun, saya tetap menjadi salafi meskipun saya tidak mengenal peribadi ini secaram endalam, apatah lagi membela dan memperjuangan gagasannya.  Setakat ini saya belum ada minat untuk mendalaminya dan saya tidak campur apa-apa polemik mengenainya. Dengan kata lain, saya tidak peduli pun. Mengapa saya perlu sibuk dengannya? Macamlah seseorang tidak boleh menjadi salafi hanya kerana tidak mengenali tokoh tertentu. Ia seolah-olah untuk menjadi sosialisme, perlu seseorang itu mengenal komunisme atau menjadi komunis. Sangat mengarut!

Yang menghairankan, saya dituduh sebagai wahhābiyy hanya kerana sependapat dengan pandangan salafi atau menukilkan pendapat daripada kalangan salafi. Malah, mereka memetik kalam-kalam kontroversi dari salafi seperti Ibn *Utaymīn, Ibn Bāz, al-Albāniyy dan lain-lain yang tidak saya menyatakan pendapat berkenaan itu, kemudian menganggap bahawa saya menyokong fahaman tersebut. Kebebalan apakah ini? Saya tidak kenal mereka pun dan saya tidak rapat dengan mereka pun. Mengapa tiba-tiba mengaitkan saya dengan mereka? Dan mengapa perlu mencemarkan nama saya dengan mengaitkan mereka atau mencemarkan nama mereka untuk dilemparkan kepada saya? Maaflah. Tembakan anda tersasar untuk memalitkan nama saya dengan kotoran anda.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632896650303684608/sejujurnya-saya-hanya-kenal-mu%E1%B8%A5ammad-bin-abdul

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now