Meme 21

16 0 0
                                    

Setiap kali kita ingin diskusi dengan kelompok al-Aš*ariyy dalam isu sifat Allah, untuk menentukan sama ada pemahaman seseorang itu sesuai dengan manhaj salaf atau tidak, maka sewajarnya merujuk karya salaf seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-...

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

Setiap kali kita ingin diskusi dengan kelompok al-Aš*ariyy dalam isu sifat Allah, untuk menentukan sama ada pemahaman seseorang itu sesuai dengan manhaj salaf atau tidak, maka sewajarnya merujuk karya salaf seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dan ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya adalah karya ad-Dārimiy.

Namun, apa yang terjadi adalah kelompok al-Aš*ariyy selalu sahaja membawa karya mutaakhirin dan memperbanyak nukilan daripadanya. Sukar untuk ditemui mereka yang mengambil nukilan daripada karya salaf. Saya sampai terpaksa berkata kepada mereka: "Wahai sang tolol! Kalam salaf perlu mengikut kefahaman mutaakhirin atau sebaliknya?". 

Saya sangat berang terhadap mereka yang kononnya seragam dengan manhaj salaf, tetapi berjauhan dan enggan untuk merujuk karya salaf, apatah lagi menjadikan karya semua itu sebagai hakim. Malah, apabila kita membawa karya ad-Dārimiyy dan Abū Bakr al-H̱ollāl, mereka secara pantasnya menuduhnya dua insan yang jauh lebih mulia daripada mereka ini adalah mujassim yang tidak pernah dilakukan sedemikian setelah 900 tahun kewafatannya. Lalu, mereka tolak mentah-mentah karya itu. Malah, apabila saya bawakan kalam dari Ibn *Abdul Barr, dituduh pula tokoh ini bercelaru dan mendekati mujassim. Walhal, jika kita saling membuat rujukan bersilang sesama karya mereka, kita tidak akan menemui perbezaan ketara pun. Masing-masing saling meneguhkan antara satu sama lain.

Sekarang mereka memarahi saya dan yang lain apabila enggan mengendahkan nukilan karya mutaakhirin mereka, walhal mereka sendiri buat yang sama terhadap ad-Dārimiyy, al-H̱ollāl dan Ibn *Abdul Barr. Mereka jugalah yang membuang karya ini sejauh-jauhnya. Lalu mendakwa apa yang tercitra pada pemahaman mutaakhirin adalah sekata dengan pemahaman salaf.  Kata-kata ini cumalah kekosongan selagimana enggan untuk menjadikan karya salaf sebagai hakim.

Tanyalah diri sendiri. Dengan membakulsampahkan karya salaf seperti ad-Dārimiyy dan al-H̱ollāl, adakah ini menunjukkan kefahaman kita selari dengan kefahaman salaf? Mereka yang mujassim atau yang menuduh ini menyeleweng?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632892939635425280/setiap-kali-kita-ingin-diskusi-dengan-kelompok

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα