Meme 48

7 0 0
                                    

Salah satu sebab saya menulis "Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?" adalah kerana saya melihat betapa mudahnya untuk menegah atau mengharamkan sesuatu hanya dengan alasan "menimbulkan syahwat", "mengundang syahwat", "dalam keadaan bersyahwat" atau...

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Salah satu sebab saya menulis "Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?" adalah kerana saya melihat betapa mudahnya untuk menegah atau mengharamkan sesuatu hanya dengan alasan "menimbulkan syahwat", "mengundang syahwat", "dalam keadaan bersyahwat" atau seumpamanya. 

Selepas ini apa? Haram berjual beli dengan wanita jika mengundang syahwat? Haram bagi wanita menulis buku jika ia menimbulkan syahwat? Apa lagi yang mahu diharamkan hanya dengan alasan mengundang syahwat, bersyahwat dan seumpamanya? Perbuatan ini juga telah saya tegur secara tuntas dalam penulisan saya yang berjudul "Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?". Jika dibiarkan berleluasa, apa sahaja boleh menjadi haram kerana ada kaitan dengan syahwat.

Antara sebab lain adalah saya melihat betapa mudah mengitlakkan syahwat itu kepada dosa. Seolah-olah adanya syahwat kecuali selain isteri dan hamba sahaya, terus dianggap dosa. Saya menulis judul ini membanteras keserampangan pendapat sebegini. Ia berdiri di atas pendapat yang tidak berasas. Pada penulisan ini, saya membentangkan apa itu syahwat, bagaimana bentuk syahwat dan syahwat yang bagaimana dikira berdosa. Bukan semberono menganggap apa sahaja yang dikaitkan dengan syahwat, terus dianggap berdosa.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632981286688030720/salah-satu-sebab-saya-menulis-adakah-syahwat-itu

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeKde žijí příběhy. Začni objevovat