Meme 75

15 0 0
                                    

Semua ahli sunnah sepakat pada ketokohan, kewibawaan, keagungan, keluhuran, keterunggulan, keilmuan dan kehebatan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semua ahli sunnah sepakat pada ketokohan, kewibawaan, keagungan, keluhuran, keterunggulan, keilmuan dan kehebatan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy. Kecuali para ekstrim yang hidup setelah 1000 tahun pemergiannya dan yang hidup di zaman kontemporari ini.

Karyanya an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang membantah para Jahmiyyah bukan hanya sekadar menggunakan atsar semata-mata, tetapi penganalisisan bahasa juga diaplikasikan. Dengan kata lain, karya ini bukan sahaja memaparkan ad-Dārimiyy sebagai ahli hadis, tetapi juga sebagai ahli bahasa memandangkan gurunya dalam bahasa adalah Ibn al-A*rōbiyy yang diperakui sebagai tokoh besar dalam ilmu bahasa.

Yang menghairankan adalah mereka yang mendakwa bahawa mereka faham bagaimana manhaj salaf dalam berinteraksi dengan naṣ sifat Allah sukar untuk menghadam karya ini. Seolah-olah karya ini menjadi hirisan pedang dan hujan batu terhadap mereka. 

Kejutan ini sentiasa sahaja dilihat responsnya daripada kalangan al-Aš*ariyy. Kadangkala, kerana tidak mampu menahan kepedihan yang ditanggung sepanjang pembacaan, mereka menuduh dengan tuduhan yang buruk terhadapnya. Sebab mereka tidak mampu menerima realiti bahawa citra mereka tentang manhaj adalah tidak berpaksi pada realiti dan selama ini mereka sekadar berdelusi.

Aneh, bukan? Mereka yang mendakwa bahawa mereka faham dalam manhaj salaf, tetapi merekalah orang yang menyingkirkan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dari tokoh salaf yang berkredibiliti daripada ahli sunnah. Sekarang, ad-Dārimiyy yang lebih faham bagaimana pegangan ahli sunnah yang semasa dengannya atau yang ekstrimis benak ini?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/641266274468511744/semua-ahli-sunnah-sepakat-pada-ketokohan

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now