Meme 146

5 0 0
                                    

Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq, salah seorang ahli sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menghasilkan kitab az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh dalam mengkritik keras sufi yang jahil ya...

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq, salah seorang ahli sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menghasilkan kitab az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh dalam mengkritik keras sufi yang jahil yang wujud di zamannya. Sesiapa sahaja yang membaca karya ini tanpa mengenal penulisnya, pasti penulis akan dituduh sebagai wahabi.

Bahkan, karya ini juga menyinggung abangnya, Aḥmad. Oleh itu, tidak ada isu pun kritikan terhadap zuriat baginda bermaksud ia sama sahaja seperti memusui ahli bait dan membenci orang yang berketerunan baginda.

Saya tidak rasa rata-rata para al-Ḥabīb pada hari ini akan berani membaca karya ini, apatah lagi mewacanakan apa yang terkandung pada karya ini. Apatah lagi para sufi yang lain. Sememangnya karya ini mengajak kepada tradisi kritis dalam praktik kesufian, mereformasikan manhaj kesufian dan menentang kebodohan, kekarutan dan penyimpangan yang ada dalam sufi yang kebanyakannya adalah tersebati dalam adat mereka.

Karya ini sememangnya akan dibenci para sufi, khusus daripada ASWAJA walaupun mereka mengatakan bahawa mereka menjunjung ahli bait dan memandang tinggi perjuangan mereka dalam agama. Itu sekadar kata-kata kosong sahaja. Jika mereka benar-benar ingin sufi ynag terpandu dalam lingkungan al-Qur^ān dan as-Sunnah, cubalah baca karya ini terlebih dahulu. Selagimana mereka gentar untuk menelaah karya ini, sampai bila-bila pun mereka akan di takuk kesempitan dan delusi.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660889496253022208/mu%E1%B8%A5ammad-az-zamzamiyy-bin-mu%E1%B8%A5ammad-bin-a%E1%B9%A3-%E1%B9%A3idd%C4%ABq

Santai Perkongsian Agama Melalui Memeحيث تعيش القصص. اكتشف الآن