Meme 89

7 0 0
                                    

Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy berkata :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy berkata :

وَاخْتَلَفَ أَهْلُ الْكَلَامِ فِي أَنَّ كَلَامَ اللَّهِ هَلْ هُوَ بِحَرْفٍ وَصَوْتٍ أَوْ لَا فَقَالَتِ الْمُعْتَزِلَةُ لَا يَكُونُ الْكَلَامُ إِلَّا بِحَرْفٍ وَصَوْتٍ وَالْكَلَامُ الْمَنْسُوبُ إِلَى اللَّهِ قَائِمٌ بِالشَّجَرَةِ وَقَالَتِ الْأَشَاعِرَةُ كَلَامُ اللَّهِ لَيْسَ بِحَرْفٍ وَلَا صَوْتٍ وَأَثْبَتَتِ الْكَلَامَ النَّفْسِيَّ وَحَقِيقَتُهُ مَعْنًى قَائِمٌ بِالنَّفْسِ وَإِنِ اخْتَلَفَتْ عَنْهُ الْعِبَارَةُ كَالْعَرَبِيَّةِ وَالْعَجَمِيَّةِ وَاخْتِلَافُهَا لَا يَدُلُّ عَلَى اخْتِلَافِ الْمُعَبَّرِ عَنْهُ وَالْكَلَامُ النَّفْسِيُّ هُوَ ذَلِكَ الْمُعَبَّرُ عَنْهُ وَأَثْبَتَتِ الْحَنَابِلَةُ أَنَّ اللَّهَ مُتَكَلِّمٌ بِحَرْفٍ وَصَوْتٍ أَمَّا الْحُرُوفُ فَلِلتَّصْرِيحِ بِهَا فِي ظَاهِرِ الْقُرْآنِ وَأَمَّا الصَّوْتُ فَمَنْ مَنَعَ قَالَ إِنَّ الصَّوْتَ هُوَ الْهَوَاءُ الْمُنْقَطِعُ الْمَسْمُوعُ مِنَ الْحَنْجَرَةِ وَأَجَابَ مَنْ أَثْبَتَهُ بِأَنَّ الصَّوْتَ الْمَوْصُوفَ بِذَلِكَ هُوَ الْمَعْهُودُ مِنَ الْآدَمِيِّينَ كَالسَّمْعِ وَالْبَصَرِ وَصِفَاتُ الرَّبِّ بِخِلَافِ ذَلِكَ فَلَا يَلْزَمُ الْمَحْذُورُ الْمَذْكُورُ مَعَ اعْتِقَادِ التَّنْزِيهِ وَعَدَمِ التَّشْبِيهِ وَأَنَّهُ يَجُوزُ أَنْ يَكُونَ مِنْ غَيْرِ الْحَنْجَرَةِ فَلَا يَلْزَمُ التَّشْبِيهَ وَقَدْ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ فِي كِتَابِ السُّنَّةِ سَأَلْتُ أَبِي عَنْ قَوْمٍ يَقُولُونَ لَمَّا كَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى لَمْ يَتَكَلَّمْ بِصَوْتٍ فَقَالَ لِي أَبِي بَلْ تَكَلَّمَ بِصَوْتٍ هَذِهِ الْأَحَادِيثُ تُرْوَى كَمَا جَاءَتْ

"Ahli kalam berselisih sama ada kalam Allah itu adalah huruf dan suara ataupun tidak. Muktazilah berkata bahawa tidak terjadi kalam melainkan huruf dan suara. Kalam yang dinisbahkan kepada Allah adalah berdiri pada pohon. Berkata golongan al-Aš*ariyy bahawa kalam Allah bukanlah huruf dan suara. Mereka mengisbatkan kalam nafsi dan hakikatnya adalah makna yang berdiri pada diri-Nya sekalipun terdapat kepelbagaian ibarat daripadanya seperti bahasa Arab dan bahasa asing. Kepebagaiannya tidak menunjukkan kepelbagaian yang diibaratkan daripadanya. Kalam nafsi itulah yang diibaratkan daripadanya. Golongan Ḥanābilah mengisbatkan bahawa Allah berbicara dengan huruf dan suara. Adapun huruf, maka untuk penjelasan tentangnya pada zahir ayat al-Qur^ān. Adapun suara, mereka yang menegahnya berkata bahawa sesungguhnya suara adalah udara yang terputus yang didengari dari pangkal kerongkong. Mereka yang mengisbatkannya menjawab bahawa suara yang disifatkan dengan seperti itu adalah yang diketahui pada kaum Adam seperti pendengaran dan penglihatan. Sedangkan sifat tuhan menyelisihi sedemikian. Tidak perlu lagi yang dikhuatiri yang disebutkan itu, namun bersama iktikad tanzih dan tanpa tasybih serta boleh untuk berlaku tanpa pangkal kerongkong. Ekoran itu, memestikannya tasybih. *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal berkata dalam kitab as-Sunnah: Aku bertanya kepada ayahku tentang suatu kaum yang berkata tatkala Allah berbicara dengan Mūsā, Dia tidak berbicara dengan suara. Berkata ayahku kepadaku: "Bahkan sebenarnya Dia berbicara dengan suara. Hadis-hadis ini kami riwayatkan sepertimana ia datang". [Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 13, m/s 460, keluaran Dār al-Ma*rifah, Beirut].

Timbul persoalan, mengapa Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy merincikan mazhab Ḥanābilah dengan membawa riwayat *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal? Saya merasakan bahawa dia ingin memadamkan keraguan daripada orang ramai bahawa pendapat kalam Allah itu bersuara adalan benar-benar daripada Aḥmad bin Ḥanbal itu sendiri. Ia bukan pendapat dari orang yang datang terkemudian yang mendakwa dia bermazhab Aḥmad bin Ḥanbal. Ibn Ḥajar ingin menegaskan bahawa pengisbatan kalam Allah yang berhuruf dan bersuara bukan dari golongan al-Ḥašwiyyah, tetapi daripada tokoh yang terkemuka.

Saya melihat al-Aš*ariyy yang kononnya faham manhaj salaf tidak segan silu mengatakan orang yang berpendapat kalam Allah itu bersuara adalah musyabbihah dan mujassim. Malah, ketika membandingkan beberapa aliran, mereka akan masukkan golongan al-Ḥašwiyyah yang dikeji adalah mereka yang berpandangan kalam Allah itu bersuara dan gaya bahasanya seolah-olah mengabaikan pandangan Aḥmad bin Ḥanbal tentang perkara ini. 

Hairan apabila kita kritik pandangan ini, kita dituduh sebagai tidak menghormati ulama! Sedangkan mereka sangat lancang terhadap tokoh salaf yang terbilang tanpa mereka sedari! Bukan kali pertama mereka bermain kad Argumentum Ad Verecundiam untuk berlepas diri daripada kesalahan yang mereka sedang lakukan.

Paling menghairankan adalah ada orang sanggup menjadikan Ibn Taymiyyah sebagai kambing hitam untuk sasaran penyembelihan dengan nama membantah al-Ḥašwiyyah yang mengisbatkan suara dan huruf bagi kalam Allah, namun cara kritikan mereka seolah-olah tidak nampak ada imam yang ternama yang sebelumnya yang berpendapat sedemikian. Ibn Taymiyyah pula dijadikan subjek untuk melepaskan segala geram yang terbuku dalam jantungnya. Oleh sebab mereka tidak mahu nampak yang mereka ini sedang menyerang imam salaf yang terbilang, mereka alihkan sasaran pada Ibn Taymiyyah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643022389636169728/ibn-%E1%B8%A5ajar-al-asqol%C4%81niyy-berkata-%D9%88-%D8%A7%D8%AE-%D8%AA-%D9%84-%D9%81

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now