Meme 97

3 0 0
                                    

Saya hairan mereka yang memetik kata-kata al-Buẖōriyy dalam karyanya H̱olq Af*āl al-*Ibād untuk membantah pendapat mujassim yang mengisbatkan suara dan huruf bagi kalam Allah atau bertujuan untuk membantah wahabi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya hairan mereka yang memetik kata-kata al-Buẖōriyy dalam karyanya H̱olq Af*āl al-*Ibād untuk membantah pendapat mujassim yang mengisbatkan suara dan huruf bagi kalam Allah atau bertujuan untuk membantah wahabi. Mereka tidak sedarkah dalam kitab tersebut jelas l-Buẖōriyy menyatakan bahawa dia mengisbatkan suara bagi kalam Allah! 

Malah, kitab ini juga sebenarnya menikam mereka dengan perbahasan ringkas sifat al-*Uluww bagi Allah yang menjadi kegerunan buat mereka. Jika ingin menyatakan betapa kitab ini sememangnya menimbulkan kegerunan kepada sebahagian pihak, al-Mizziyy pernah dipenjara kerana membacakan kitab ini sepertimana yang diceritakan Ibn Kaṯīr dalam al-Bidāyah Wa an-Nihāyah.

Entah mereka ini sengaja bermain falasi Cherry-Picking demi memperdaya orang ramai seolah-olah al-Buẖōriyy berpihak pada mereka atau mereka tidak tahu hakikat sebenar yang terkandung dalam karya tersebut.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643629376541458432/saya-hairan-mereka-yang-memetik-kata-kata

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now