Meme 139

4 0 0
                                    

Para salaf sangat mengangkat tinggi ahli hadis yang kalau agama ini menghalalkan umatnya untuk mewujudkan kultus, pasti para mereka akan menjadikan ahli hadis sebagai berhala yang dipuja kerana keistimewaan mereka pada agama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Para salaf sangat mengangkat tinggi ahli hadis yang kalau agama ini menghalalkan umatnya untuk mewujudkan kultus, pasti para mereka akan menjadikan ahli hadis sebagai berhala yang dipuja kerana keistimewaan mereka pada agama.

Mereka inilah yang paling mahir dalam lapangan hadis dalam mengenal sahih dan selainnya yang permatanya tidak mudah diperoleh dalam satu peringkat zaman. Mereka aktif mengembara dan mengumpulkan hadis di saat orang begitu suka berdalih untuk tidak mahu merantau dan bersusah payah. 

Mereka tidak hanya sibuk dengan bahagian hadis semata-mata, tetapi mereka juga pembawa manhaj agama yang tulen berasaskan sunnah. Mereka ini juga para pakar akidah, fuqaha dan ilmu yang lain. Mereka inilah pembela umat Islam daripada fahaman yang sesat yang menyebar dan meracuni orang ramai. Sehinggakan paksi kebenaran agama ini adalah terletak pada ahli hadis. Hārūn ar-Rošīd pernah berkata :

وَطَلَبْتُ الْحَقَّ فَوَجَدْتُهُ مَعَ أَصْحَابِ الْحَدِيثِ

"Aku ingin mencari kebenaran, lalu aku dapatinya ia bersama ahli hadis". [Šarof Asḥāb al-Ḥadīṯ, karya al-H̱oṭīb al-Baġhdādiyy, m/s 55, keluaran Dār Iḥyā^ as-Sunnah an-Nabawiyyah].

Sufyān aṯs-Ṯsawriyy pernah berkata :

الْمَلَائِكَةُ حُرَّاسُ السَّمَاءِ وَأَصْحَابُ الْحَدِيثِ حُرَّاسُ الْأَرْضِ

"Malaikat adalah pengawas di langit, manakala tokoh hadis adalah pengawas di bumi". [Šarof Asḥāb al-Ḥadīṯ, karya al-H̱oṭīb al-Baġhdādiyy, m/s 44, keluaran Dār Iḥyā^ as-Sunnah an-Nabawiyyah].

Merekalah khazanah agama yang tiada tandingan. Sesiapa yang mencari keistimewaan yang selain daripada ini, pasti dia akan menemukan kesesatan, kecelaruan dan kehancuran.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654376559867772928/para-salaf-sangat-mengangkat-tinggi-ahli-hadis

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now