Meme 47

7 0 0
                                    

Sebab utama saya menulis "Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah" adalah kerana saya melihat kaedah Sadd aḏ-Ḏarō^i* seringkali digunakan sewenang-wenangnya tanpa terkawal dan berleluasa

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Sebab utama saya menulis "Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah" adalah kerana saya melihat kaedah Sadd aḏ-Ḏarō^i* seringkali digunakan sewenang-wenangnya tanpa terkawal dan berleluasa. Sesuatu yang asalnya halal, baik dan selamat terus diharamkan dan ditegah hanya dengan menyandangkan "menimbulkan fitnah", "merangsang syahwat", "perlakuan yang buruk" atau seumpamanya. Itulah taktik apabila seseorang tidak menemukan dalil larangan yang jelas atau tidak mampu menafikan perselisihan pandangan yang muktabar yang berlainan dengan keharamannya, maka tempekan ini sudah cukup memenuhi hajatnya.  Semudah itu untuk menutup ruang keharusan.

Saya tidak boleh berdiam diri lagi untuk mendiamkan jenayah ilmu yang tidak disedari oleh ramai orang. Kalaulah saya ada kemampuan untuk menghasilkan karya uṣūl fiqh yang khusus, sudah tentu saya akan masukkan penulisan ini dalam perbahasan Sadd aḏ-Ḏarō^i*. Ia telah menjadi dari sikap yang tidak cermat untuk menegah atau mengharamkan sesuatu sehinggalah jenayah ilmu. Padahal, beberapa pertimbangan yang diperlukan untuk mempraktikkan kaedah ini. Ia tidak boleh sekadar lepas cakap, berdasarkan pandangan peribadi, sesuatu yang relatif atau kemungkinan yang kecil. Namun, semua ini dibelakangkan sebegitu sahaja kerana kononnya mahu menjaga agama. Sedangkan ini telah menusuk agama dengan duri-duri yang melukakannya.

Antara jenayahnya adalah mengharamkan apa yang Allah dan rasul-Nya tidak  mengharamkannya atau menganggap buruk terhadap apa yang Allah dan rasul-Nya tidak menanggapi sepertinya atau menyempitkan ruang keharusan terhadap apa yang Allah dan rasul-Nya tidak menyempitkannya. Kaedah fiqh yang masyhur adalah yakin tidak dihapuskan dengan syak. Hukum asal bagi tiap-tiap sesuatu adalah harus. Bagaimana kita boleh menegahnya atau mengharamkannya atau menyempitkannya hanya berdasarkan pandangan peribadi, sesuatu yang relatif dan kemungkinan yang kecil? Ini telah membuat fitnah terhadap Allah dan rasul-Nya!

Apabila sedar akan hal ini, sekurang-kurangnya ia menimbulkan rasa takut untuk menunggang kaedah tersebut bagi orang yang berakal cerdas. Bacalah penulisan saya tersebut. Saya telah dedahkan bagaimana taktik-taktik penjenayah ilmu ini dalam mengeksploitasi kaedah ini supaya sesuai dengan cita-citanya.

Selepas ini apa pula jika dibiarkan? Haram berjual beli dengan wanita jika ia menimbulkan syahwat? Haram bagi wanita menulis buku jika itu mampu menimbulkan syahwat untuk lelaki? Bermacam-macam yang boleh terjadi hanya dengan sandangan "khuatir fitnah" dan lain-lain.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632979675228061696/sebab-utama-saya-menulis-khuatir-fitnah-yang

Santai Perkongsian Agama Melalui Memeحيث تعيش القصص. اكتشف الآن