Meme 15

19 0 0
                                    

Antara sindirian tolol yang dilemparkan kepada kepada penyeru kepada al-Qur^ān dan as-Sunnah atau mereka yang menyeru kepada mazhab firman Allah dan sabda rasul, maka dia tidak boleh sama sekali menyentuh kitab para ulama untuk menelaah ilmu darip...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Antara sindirian tolol yang dilemparkan kepada kepada penyeru kepada al-Qur^ān dan as-Sunnah atau mereka yang menyeru kepada mazhab firman Allah dan sabda rasul, maka dia tidak boleh sama sekali menyentuh kitab para ulama untuk menelaah ilmu daripadanya. Apa-apa perkara pun perlu dirujuk terus daripada al-Qur^ān dan hadis. Tidak boleh memerhati perbahasan dan kupasan ahli ilmu untuk mendapatkan gambaran atau pun memperteguh kefahaman.

Sesungguhnya ini adalah sindiran yang sebenarnya adalah saranan yang mengajak daripada pedoman al-Qur^ān itu sendiri. Firman Allah *Azza Wa Jalla :

فَإِن كُنتَ فِي شَكٍّ مِّمَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكَ ۚلَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ ﴿٩٤﴾ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّـهِ فَتَكُونَ مِنَ الْخَاسِرِينَ﴿٩٥

"Maka, jika engkau berada dalam keraguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang yang membaca kitab sebelummu. Sungguh, telah datang kebenaran dari Tuhanmu kepadamu, maka janganlah sekali-sekali engkau termasuk orang yang ragu. Dan janganlah sekali-sekali engkau termasuk orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, nanti engkau termasuk orang yang rugi". [Surah Yūnus ayat 94-95].

Kalau Allah menyuruh untuk bertanya ahli kitab untuk menguatkan keimanan terhadap al-Qur^ān, apatah lagi kepentingan kita untuk membaca karya ilmuwan Muslim supaya kita semakin mantap dan kukuh pegangan kita terhadap al-Qur^ān dan as-Sunnah di atas argumentasi yang terbaik. Sekalipun al-Qur^ān sememangnya sumber yang terbaik dan tiada keraguan terhadapnya, tetapi Allah tetap menyuruh untuk bertanya, melihat, memerhati, menelaah dan kaji karya orang lain supaya kita memperoleh kekuatan iman terhadap al-Qur^ān serta mengukuhkan argumentasi terhadap penghujahan kita terhadap sesuatu.

Nah. Sekarang di mana pula ajaran mazhab firman Allah dan rasul adalah orang yang membelakangkan dan membakulsampahkan karya ulama? Jelaslah bahawa yang menyindir ini langsung tidak berpedomankan al-Qur^ān. Menuduh sembarangan kerana taksub atau keras permusuhannya sehingga tidak mahu membuka mata untuk menatap kebenaran. 

Apabila kita menyeru kepada al-Qur^ān dan as-Sunnah, bukanlah kita ingin menzalimi ulama dan karya mereka, namun kita menjadikannya sebagai hakim yang adil yang rahmat buat semua umat Islam. Ia sama sekali tidak akan menzalimi mana-mana pihak kecuali pihak yang berpaling dan taksub. Lantas, apa yang perlu ditakuti dan mengapa perlu disindir dengan seruan ini?

Malah, realitinya adalah menjadi mujtahid mutlak sekalipun bukan bermakna mereka meninggalkan pendapat mereka yang terdahulu. Para imam mujtahid dahulu berfatwa dengan para pendahulunya, menukil daripada mereka dan menguatkan pandangan mereka melalui analisis dalil. Karya-karya mereka dan rekod mereka adalah bukti yang nyata tentang hal ini. Maka, tidak pernah sama sekali seruan kepada al-Qur^ān dan as-Sunnah adalah tidak mengambil berat pada tinta penulisan ahli ilmu yang berwibawa.

Ambilan


Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now