Meme 74

11 0 0
                                    

Walaupun saya suka membaca karya Ibn Taymiyyah, tetapi untuk sampai ke tahap peminat yang besar, itu tidak pada saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Walaupun saya suka membaca karya Ibn Taymiyyah, tetapi untuk sampai ke tahap peminat yang besar, itu tidak pada saya. Namun, saya lihat Ibn Taymiyyah seringkali dijadikan subjek yang dizalimi untuk dilunaskan semua rasa geram dan berang yang terbuku di jiwa. Apa sahaja yang dirasakan tidak puas hati, Ibn Taymiyyah akan dikambinghitamkan sama ada untuk menyerang aliran salafi atau untuk menyelamatkan diri dari mengkritik tokoh kebesaran yang dibela Ibn Taymiyyah. Dengan kata lain, oleh sebab tidak mahu dilihat mengkritik Aḥmad bin Ḥanbal dan al-Buẖōriy, dia mengkritik Ibn Taymiyyah.

Saya hairan ada orang sanggup menulis panjang yang membantah Ibn Taymiyyah yang mengisbatkan suara bagi Allah, tetapi mereka ini entah lupa atau tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu bahawa itulah apa yang Aḥmad bin Ḥanbal dan al-Buẖōriyy menuju padanya. Mereka langsung tidak menyebutkan hal itu dalam penulisan tersebut. Entah sengaja melakukan tadlis atau sememangnya mahu ambil kesempatan terhadap Ibn Taymiyyah atau sebab yang lain. Mereka juga membantai Ibn Taymiyyah yang mengisbatkan had bagi Allah, walhal Ibn al-Mubārok dan Isḥāq bin Rōhūyah lebih dahulu mengatakan sedemikian.

Malah, saya pernah menemukan komentar untuk memburukkan peribadinya dengan mengatakan bahawa Ibn Taymiyyah berpendapat Allah mendudukkan Rasulullah bersama-Nya di Arasy. Padahal, pendapat ulama yang mengangkat riwayat ini, terutamanya dalam menentang Jahmiyyah telah tercatat dalam as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl. Mereka ini entah bodoh atau sengaja membuat tadlis agar berjaya memburukkannya atau hanya pembawa nukilan yang ditadliskan tanpa menyemak terlebih dahulu.

Sejujurnya, dalam isu interaksi dengan naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah serta isbat huruf dan suara bagi kalam Allah, saya langsung tidak peduli apa pun pendapat Ibn Taymiyyah dalam isu tersebut. Sama ada dia menyalahinya atau menyetujuinya, saya tidak peduli. Saya berpada dengan tokoh yang sebelumnya. Kalaupun saya mengutip kalamnya, itu sekadar menambahkan penjelasan atau penguatan sahaja, bukan sebagai dasar utama dalam kehujahan. 

Cuma, saya kadangkala tidak mampu berdiam diri apabila seseorang difitnah dan diperlakukan secara zalim sedemkian. Pedih mata saya apabila melihat orang memburukkan penafsiran Allah mendudukkan Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam bersama-Nya di Arasy, lalu menyandarkan itu kepada Ibn Taymiyyah semata-mata. Palitan nista yang celaka ini akan kembali kepada mereka apabila mereka melihat kalam ahli ilmu tentangnya yang dinukilkan dalam as-Sunnah Abū Bakr al-H̱ollāl. Semoga Allah merobek nilai harga diri orang yang berlaku zalim sebegini.

Kalaupun ingin mengkritik Ibn Taymiyyah, kritiklah dengan cara yang adil. Kalau dirasakan apa yang diutarakan Ibn al-Mubārok, Isḥāq bin Rōhūyah, Aḥmad bin Ḥanbal dan al-Buẖōriyy adalah salah, pastikan konsisten. Bukan menjadikan Ibn Taymiyyah sebagai sasaran untuk dibuli dan dilunaskan segala ketidaksetujuan, tetapi berpura-pura tidak nampak apa yang disebutkan tokoh-tokoh sebelumnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/641265158075875328/walaupun-saya-suka-membaca-karya-ibn-taymiyyah

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now