Meme 18

21 0 0
                                    

Apakah karya salaf dalam menghakimi isu interaksi naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah? Ia adalah seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apakah karya salaf dalam menghakimi isu interaksi naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah? Ia adalah seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dan ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya adalah karya ad-Dārimiy.

Namun, golongan al-Aš*ariyy hanya tahu pada nama sahaja kitab ini. Selalunya mereka buat-buat tidak tahu kewujudan kitab ini. Malah, berharap agar kitab seperti ini langsung tidak ada. Sebab utama mereka takut untuk menelaah dan menghadam karya tersebut kerana ia akan membeberkan tembelang pemahaman mereka kononnya harmoni dan seragam dengan manhaj salaf. Ia sememangnya akan meruntuhkan pemahaman mereka dalam berinteraksi naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah bahawa kononnya salaf tidak memakai makna zahir, tetapi mereka mengosongkan makna atau menjahilkan makna, lalu menyerahkan makna tersebut kepada Allah.

Jika kenyataan ini salah, dipersilakan baca, hadam, analisis dan bentang bagaimana pemahaman mereka seragam dan selari dengan kalam para salaf. Kita semua sedang memberikan tawaran yang terbaik untuk mereka agar mereka dapat mengukuhkan manhaj mereka serta memberi pencerahan bahawa mereka bertunjangkan asas yang sejati. Namun, selalunya tawaran ini selalunya ditolak secara kasar dan diperlekehkan. Jelaslah bahawa mereka sebenarnya merugikan diri mereka sendiri.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632890672182149120/apakah-karya-salaf-dalam-menghakimi-isu-interaksi

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now