Meme 113

3 0 0
                                    

Ramai sahaja anak murid Ibn Taymiyyah yang lain seperti aḏ-Ḏahabiyy, Ibn Kaṯīr dan al-Mizziyy

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Ramai sahaja anak murid Ibn Taymiyyah yang lain seperti aḏ-Ḏahabiyy, Ibn Kaṯīr dan al-Mizziyy. Akan tetapi, yang paling menyerlah adalah Ibn Qoyyim al-Jawziyyah. Cuma, pendekatan Ibn Qoyyim dalam penulisannya agak berbeza dengan gurunya. Ibn Qoyyim nampak lebih kepada ekspresif, manakala gurunya lebih kepada informatif.

Kadangkala sememangnya bukan semua orang dapat menjadi seiras atau cerminan kepada bayangan gurunya. Hanya beberapa sahaja orang yang berjaya menjadi salinan kepada gurunya. Adakalanya seorang sahaja. Adakalanya dua orang sahaja. Dan seterusnya dengan jumlah yang sedikit.

Ada banyak faktornya. Antaranya adalah tidak semua murid memiliki dan melazimi hanya satu guru sahaja. Kadangkala, mereka lebih menyerupai guru yang lain berbanding dirinya. Antara yang lain adalah faktor manhaj. Kadangkala, murid berbeza manhaj daripada gurunya sepertimana Tājuddīn as-Subkiyy yang beraliran al-Aš*ariyy dengan gurunya, aḏ-Ḏahabiyy yang menentang al-Aš*ariyy.

Apapun, kalaupun kita ingin meneladani guru kita, jangan sampai kita taksub secara keseluruhan sehingga membenarkan apa yang jelas salah. Dan kalaupun kita ingin berbeza manhaj dengan guru kita, janganlah sampai itu menghilangkan rasa hormat terhadap mereka dan merobek kredibilitinya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643776138139893761/ramai-sahaja-anak-murid-ibn-taymiyyah-yang-lain

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu