Meme 162

6 0 0
                                    

Saya melihat rata-rata agamawan yang berkata bahawa filem yang menyalahi syariat mesti tertuju kepada filem yang wataknya tidak menutup aurat, berpakaian seksi, ada paparan erotik, babak lucah, perlakuan sumbang mahram, aktiviti tidak senonoh dan ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya melihat rata-rata agamawan yang berkata bahawa filem yang menyalahi syariat mesti tertuju kepada filem yang wataknya tidak menutup aurat, berpakaian seksi, ada paparan erotik, babak lucah, perlakuan sumbang mahram, aktiviti tidak senonoh dan pornografi ringan. 

Yang menghairankan adalah tidak pernah pula agamawan ini merujuk kepada babak pembunuhan, belasah, peras ugut, pergaduhan, penipuan, penderaan, maki, ejek, cela, pencederaan, perompakan, pengeboman, dengki, ujub dan penjampian sihir dan lain-lain. Adakah semua ini menepati syariat dan bukan maksiat sehingga ia tidak ada masalah ditonton jika dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat dan babak lucah atau yang berkaitan dengan seksual?

Sesungguhnya inilah kecelaruan dan kerancuan yang nyata, tetapi kebanyakan orang tidak sedar. Mereka akan marah kalau seseorang menonton filem yang ada babak lucah atau erotik atau watak yang tidak cukup kain. Kononnya ia adalah filem maksiat dan menyalahi syariat. Akan tetapi, mereka merasakan bahawa filem yang merosakkan harta benda awam, membunuh orang lain, belasah, memaki, menipu dan lain-lain ini adalah bukan maksiat, bahkan tidak berasa bersalah pun menontonnya dan menikmatinya!

Saya bersyukur kepada Allah kerana terhindar daripada kerancuan ini. Saya telah menjustifikasikan keharusan ini dengan lebih konsisten dalam penulisan saya yang berjudul «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?».

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/692828976463396865/saya-melihat-rata-rata-agamawan-yang-berkata


Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now