Meme 4

30 1 0
                                    

Setakat ini saya belum menemui mana-mana ahli fiqh kontemporari yang menetapkan bahawa menyetubuhi patung seks dan robot seks termasuk dalam zina dan dikenakan hukuman had

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Setakat ini saya belum menemui mana-mana ahli fiqh kontemporari yang menetapkan bahawa menyetubuhi patung seks dan robot seks termasuk dalam zina dan dikenakan hukuman had. Jika ada, pastinya salah tanpa syak lagi. Alasannya jelas bahawa yang disetubuhi itu bukan manusia, tetapi sesuatu yang diserupakan seperti manusia. Ia dihukumi sama seperti hukum melancap dengan alat.

Sekarang, menyetubuhi objek yang diserupakan seperti faraj tidak menatijahkan seseorang itu berzina apabila menyetubuhinya, lantas mengapa apabila saya membawakan kalam fuqaha mazhab, khusunya mazhab Ḥanafiyy yang menetapkan bahawa tidak haram melihat faraj yang terpantul di air terus saya dicela dan pendapat fuqaha tersebut dianggap syaz? Padahal alasan yang digunakan untuk tidak menetapkan seseorang itu berzina apabila menyetubuhi patung seks adalah sama dengan hukum lihatan. Saya hairan bagaimana mereka tidak mampu melihat kerancuan penghukuman fiqh mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632872899569696768/setakat-ini-saya-belum-menemui-mana-mana-ahli-fiqh

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu