Meme 36

8 0 0
                                    

Dalam menyelesaikan polemik al-Aš*ariyy dan salafi, saya akan menjadikan karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang berjudul an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy sebagai hakim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam menyelesaikan polemik al-Aš*ariyy dan salafi, saya akan menjadikan karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang berjudul an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy sebagai hakim. Ada tiga sebab saya menjulang karya ini.

Pertama, dia hidup di zaman yang tidak berebutnya al-Aš*ariyy dan salafi sama ada seseorang itu al-Aš*ariyy atau bukan. Dia melangkaui daripada perebutan itu. Dia hidup di zaman salaf. Keilmuannya, keagungannya dan kesarjanaannya tidak diragui dan dipertikaikan. Bukankah lebih elok jika kita menjadikan tokoh salaf yang tidak diheret oleh mana-mana pihak sebagai hakim terhadap perselisihan pemahaman salaf dalam interaksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah? Bayangkan kalau kita ambil tokoh kontemporari sebagai hakim. Sudah tentu cepat sahaja dia dinyahkreditkan kerana beraliran tertentu atau mempunyai bau-bau dari aliran tertentu.

Kedua, apa yang terkandung an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy telah merangkum apa yang menjadi perbalahan al-Aš*ariyy dan salafi secara signifikan. Seolah-olah seperti dia menjangkakan hal ini berlaku -dan ini adalah tidak mungkin- atau berlakunya pengulangan peristiwa yang sama sepertimana dia hadapi. Jurang antara al-Aš*ariyy dan salafi disentuh dan kemusykilannya telah dirungkaikan dalam karya ini. Mengapa kita tidak menjadikan karya salaf ini sebagai neraca?

Ketiga, karya ini membentangkan lebih terperinci bagaimana pemahaman salaf dalam isu ini. Jika dibandingkan dengan lain, ia tidaklah sekomprehensif dengan apa yang dilakukannya walaupun masing-masing saling menguatkan antara satu sama lain. Saya boleh sahaja untuk menjadikan karya yang lain sebagai hakim, namun setelah diteliti, ia boleh dijadikan penguat dan sokongan kepada karya ini. Dengan kata lain, karya yang lain boleh menjadi pembela hakim atau karya ad-Dārimiyy ini boleh menjadi ketua hakim.

Sejujurnya, saya tidak akan layan mana-mana diskusi yang melibatkan isu ini selagimana seseorang itu tidak menelaah karya tersebut. Malah, saya tidak akan percaya sama ada salafi atau al-Aš*ariyy memahami manhaj salaf yang sebenar dalam hal ini jika tidak mampu menghadam apa yang terkandung dalam karya ini. Bagaimana mungkin seseorang berkata bahawa dia memahami manhaj salaf, tetapi tidak menelaah karya salaf, malah membakulsampahkannya?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632895988991918080/dalam-menyelesaikan-polemik-al-a%C5%A1ariyy-dan

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now