Meme 96

12 0 0
                                    

Saya ingin memetik kenyataan Kamilin Jamilin tentang dakwaan keraguan penisbahan kitab Šarḥ as-Sunnah kepada al-Muzaniyy  :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya ingin memetik kenyataan Kamilin Jamilin tentang dakwaan keraguan penisbahan kitab Šarḥ as-Sunnah kepada al-Muzaniyy :

Ada pihak tertentu mendakwa bahawa perawi kitab Šarḥ as-Sunnah karya al-Imām al-Muzaniyy (264 H), iaitu al-Hakkāriy dinilai Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy sebagai pendusta dan terdapat begitu ramai perawi yang majhul dalam sanadnya demi menolak penisbahan kitab tersebut kepada beliau. Benarkah sedemikian?

Jawapan : Dakwaan tersebut mengelirukan kerana al-Hakkāriy perawi kitab al-Muzaniy tersebut dan al-Hakkariy yang dituduh sebagai pendusta hadis tersebut merupakan dua individu yang berbeza. Justeru dalam ilmu hadis penting mengenali cabang ilmu yang dikenali sebagai al-Muttafiq Wa al-Muftariq iaitu wujud persamaan pada nama atau nisbah namun berbeza individunya.

Perawi yang disebutkan olehIbn Ḥajar dalam karyanya Lisān al-Mīzān ialah Abū al-Ḥasan *Aliyy bin Aḥmad al-Hakkāriyy (486 H) yang pernah dituduh berdusta dalam hadis serta meriwayatkan banyak hadis-hadis yang janggal lagi munkar oleh sesetengah ilmuwan hadis seperti Ibn al-Najjār. Ibn *Asākir mengatakan dia bukan seorang yang boleh dipercayai. Tuduhan tersebut hanya dinukilkan oleh Ibn Ḥajar dari tokoh-tokoh tersebut.

Manakala perawi kitab al-Muzaniy pula berdasarkan naskah manuskrip di perpustakaan Šāhid *Aliyy Bāšā di Turki ialah Yūsuf bin *Umar al-Hakkāriy yang hidup sekitar kurun ke-6-7. Rujuk lebih lanjut di muqaddimah tahqiq. Saya tidak menjumpai biografi beliau, apatah lagi kerana beliau bukan seorang perawi hadis menurut sepengetahuan cetek saya.

Mengenai dakwaan terdapat begitu ramai perawi yang majhūl (tidak dikenali) juga ada unsur-unsur mubalāġoh (berlebih-lebihan) kerana menurut sanad riwayat Yūsuf bin *Umar al-Hakkāriy tersebut yang lebih kurang dua belas perawi hanya sekitar dua perawi sahaja yang tidak dijumpai biografinya iaitu Hakkāriy Yūsuf bin *Umar tersebut serta al-Ḥasan bin *Aliy al-Yāzūriyy, namun kedua-dua mereka disifatkan sebagaial-Faqīh, iaitu sejenis lafaz pujian. Dan selain mereka berdua kesemuanya cukup dikenali dan sebahagian besar mereka dinilai ṯiqoh, iaitu dipercayai dan mutqin, iaitu jitu.

Penisbahan kitab ini kepada al-Muzaniy juga ada disokong oleh sebahagian nukilan aḏ-Ḏahabiyy dalam kitab al-*Uluw dan Ibn al-Qoyyim dalam Ijtimā* al-Juyūš al-Islāmiyy yang menukil keseluruhan teks dari kitab al-Muzaniyy tersebut menyokong pensabitan kitab ini kepada al-Muzaniyy.

Selain itu sanad-sanad lain dari naskah manuskrip lain bagi kitab al-Muzaniyy kepada pengarangnya ini setidak-tidaknya menguatkan lagi sanad pada naskah Turki tersebut.

Himpunan maklumat tentang biografi seseorang tokoh kebiasaannya tertumpu pada para perawi hadis atau tokoh-tokoh cendekiawan yang ulung. Manakala selainnya tidak begitu dititikberatkan. Barangkali disebabkan itu maklumat mengenai al-Hakkariy dan al-Hakkāriyy dan al-Yāzūriyy tersebut tidak meluas, apatah lagi para ulama lebih tegas pada hal-hal yang berkaitan sanad hadis, tidak seperti periwayatan kitab yang kadangkala diambil secara al-Wijādah atau penyalinan naskah dari generasi ke generasi. [Diambil dan diselaraskan dari sini : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1804000689828162&id=1743258955902336]

Saya katakan, ada segelintir orang cuba meragukan penisbahan Šarḥ as-Sunnah karya al-Muzaniyy, tetapi mereka sendiri mempercayai penisbahan al-Fiqh al-Akbar kepada Abū Ḥanīfah meskipun ia diriwayatkan perawi yang teruk kedhaifannya!

Sangat melucukan mereka berkata terhadap orang yang meragukan penisbahan al-Fiqh al-Akbar kepada Abū Ḥanīfah dengan menyindir bahawa apa yang terkandung di dalamnya menyalahi akidah orang tersebut sehingga mendorong keraguan tersebut, namun mereka sendiri lakukan yang sama terhadap kitab Šarḥ as-Sunnah ini atas motif yang sama. Hakikatnya, bukan isu sanad pun yang mereka pertikaikan, namun kerana apa yang terkandung Šarḥ as-Sunnah itu menyalahi mereka sehingga mendorong mereka untuk meragukannya!

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643628764735143936/saya-ingin-memetik-kenyataan-kamilin-jamilin

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now