Meme 35

9 0 0
                                    

Apabila Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Lālikā^iyy dan Ibn Qudāmah dituduh sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian melainkan dari mereka yang terkebelakangan serta apabila Ibn *Abdul Barr dituduh tidak mendalami akidah...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Lālikā^iyy dan Ibn Qudāmah dituduh sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian melainkan dari mereka yang terkebelakangan serta apabila Ibn *Abdul Barr dituduh tidak mendalami akidah, celaru dan mendekati mujassim, fahamlah mengapa menjadi ahli sunnah dituduh musyabbihah, bukan mu*aṭṭilah? Isḥāq bin Rōhūyah berkata :

عَلَامَةُ جَهْمٍ وَأَصْحَابِهِ دَعْوَاهُمْ عَلَى أَهْلِ الْجَمَاعَةِ , وَمَا أُولِعُوا بِهِ مِنَ الْكَذِبِ , إِنَّهُمْ مُشَبِّهَةٌ بَلْ هُمُ الْمُعَطِّلَةُ وَلَوْ جَازَ أَنْ يُقَالَ لَهُمْ: هُمُ الْمُشَبِّهَةُ لَاحْتُمَلَ ذَلِكَ , وَذَلِكَ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ: إِنَّ الرَّبَّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي كُلِّ مَكَانٍ بِكَمَالِهِ فِي أَسْفَلِ الْأَرَضِينَ وَأَعْلَى السَّمَاوَاتِ عَلَى مَعْنًى وَاحِدٍ وَكَذَبُوا فِي ذَلِكَ وَلَزِمَهُمُ الْكُفْرُ

"Tanda-tanda Jahm dan pengikutnya adalah panggilan mereka terhadap ahli al-Jamā*ah dan apa yang disandarkan padanya adalah sebahagian daripada dusta. Sesungguhnya mereka adalah musyabbihah, padahal hakikat sebenarnya mereka adalah mu*aṭṭilah. Kalaulah boleh dipanggil kepada mereka bahawa mereka itu adalah musyabbihah, maka dibolehkan untuk itu. Itu adalah kerana mereka berkata bahawa sesungguhnya tuhan Tabāroka Wa Ta*ālā dalam setiap tempat dengan keseluruhannya di bumi paling dan langit paling atas atas makna yang sama. Mereka berdusta pada hal itu dan membiasakan kekafiran pada mereka". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

عَلَامَةُ الْجَهْمِيَّةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ مُشَبِّهَةً

"Tanda-tanda Jahmiyyah adalah penamaan mereka terhadap ahli sunnah sebagai musyabbihah". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Ḥarb bin Ismā*īl al-Kirmāniyy berkata :

وأما الجهمية: فأنهم يسمون أهل السنة مشبهة وكذبت الجهمية أعداء الله بل هم أولى بالتشبيه والتكذيب افتروا على الله الكذب وقالوا على الله الزور والإفك وكفروا في قولهم.

"Adapun Jahmiyyah, maka mereka menamakan ahli sunnah dengan musyabbihah, sedangkan Jahmiyyah, musuh Allah telah berdusta. Bahkan, mereka lebih patut dengan tasybih dan pendustaan. Mereka mengada-adakan kedustaan terhadap Allah dan mereka berkata tentang Allah secara sia-sia dan dengkul serta mereka mengkafirkannya pada kata-kata mereka". [Masā^il Ḥarb al-Kirmāniyy, jilid 3, m/s 985, keluaran Jāmi*ah Umm al-Qurō].

Ibn *Abdul Barr berkata :

أهل السنة مجموعون عَلَى الْإِقْرَارِ بِالصِّفَاتِ الْوَارِدَةِ كُلِّهَا فِي الْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِيمَانِ بِهَا وَحَمْلِهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ لَا عَلَى الْمَجَازِ إِلَّا أَنَّهُمْ لَا يُكَيِّفُونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ وَلَا يَحُدُّونَ فِيهِ صِفَةً مَحْصُورَةً وَأَمَّا أَهْلُ الْبِدَعِ وَالْجَهْمِيَّةُ وَالْمُعْتَزِلَةُ كُلُّهَا وَالْخَوَارِجُ فَكُلُّهُمْ يُنْكِرُهَا وَلَا يَحْمِلُ شَيْئًا مِنْهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ وَيَزْعُمُونَ أَنَّ مَنْ أَقَرَّ بِهَا مُشَبِّهٌ وَهُمْ عِنْدَ مَنْ أَثْبَتَهَا نَافُونَ لِلْمَعْبُودِ وَالْحَقُّ فِيمَا قَالَهُ الْقَائِلُونَ بِمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وَسُنَّةُ رَسُولِهِ وَهُمْ أَئِمَّةُ الْجَمَاعَةِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ

"Ahli sunnah bersepakat dalam mengikrarkan sifat yang datang keseluruhannya dalam al-Qur^ān dan as-Sunnah, beriman dengannya dan membawanya atas makna hakikat, bukan atas majaz melainkan mereka tidak mentakyifkan sesuatu daripada hal itu serta tidak meletakkan had sifat yang terhad padanya. Adapun ahli bidaah, Jahmiyyah, Muktazilah keseluruhannya dan khawarij, maka kesemua mereka mengingkarinya dan tidak membawa sesuatu daripadanya atas makna hakikat serta mereka mendakwa bahawa sesiapa yang mengakuinya, maka dia adalah musyabbih. Mereka ini di sisi orang yang mengisbatkannya adalah penafi terhadap Yang Disembah. Yang benar adalah pada apa yang mereka yang berpendapat pada pengikraran dengan apa yang kitab Allah dan sunnah rasul-Nya berbicara terhadapnya. Mereka adalah imam-imam al-Jamā*ah. Segala puji bagi Allah". [At-Tamhīd Li Mā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd, jilid 7, m/s 145, keluaran Wizāroh *Umūm al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah, Morocco, tahqiq Muṣṭofā Aḥmad al-*Alawiyy dan Muḥammad *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Abū *Uṯmān aṣ-Ṣōbūniyy berkata :

وعلامات البدع على أهلها بادية ظاهرة، وأظهر آياتهم وعلاماتهم شدة معاداتهم لحملة أخبار النبي صلى الله عليه وسلم، واحتقارهم لهم وتسميتهم إياهم حشوية وجهلة وظاهرية ومشبهة اعتقادا منهم في أخبار رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Tanda-tanda bidaah terhadap ahlinya adalah terang dan nyata. Sejelas-jelas petanda-petandanya adalah kerasnya permusuhan terhadap pembawa khabar Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, meremehkan mereka, menamakan mereka dengan Ḥašwiyyah, puak jahil, literalis dan musyabbihah kerana beriktikad pada khabar-khabar rasul -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari kalangan mereka". [*Aqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ, m/s 109, keluaran Dār al-Minhāj, tahqiq Abū al-Yamān al-Manṣūriyy].

Abū al-Qōsim Ismā*īl bin Muḥammad al-Aṣbahāniyy berkata :

وَإِذا رَأَيْت الرجل يُسَمِّي أهل الحَدِيث حشوية، أَو مشبهة، أَو ناصبة فَأعْلم أَنه مُبْتَدع

"Apabila engkau melihat seseorang menamakan ahli hadis sebagai Ḥašwiyyah atau musyabihhah atau Nāṣibah, maka ketahuilah bahawa dia ahli bidaah". [Al-Ḥujjah Fī Bayān al-Maḥajjah, jilid 2, m/s 540, keluaran Dār ar-Rōyah, ar-Riyāḍ, tahqiq Muḥammad bin Robī* bin Hādī bin *Umayr al-Madẖoliyy].

Kebetulankah mereka semua ini dituduh sedemikian? Kalau tidak percaya, cubalah suruh al-Aš*ariyy membaca atau berbahas karya salaf seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy. Lihatlah apa respons mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632895759017197568/apabila-ab%C5%AB-sa%C4%ABd-ad-d%C4%81rimiyy-ab%C5%AB-bakr

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now