Meme 68

9 0 0
                                    

Kadangkala hairan apabila kita mengatakan bahawa al-Yadd, an-Nuzūl dan al-Istiwāʾ adalah termasuk sifat-sifat Allah, kita diperlekehkan dan diejek habis-habisan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kadangkala hairan apabila kita mengatakan bahawa al-Yadd, an-Nuzūl dan al-Istiwāʾ adalah termasuk sifat-sifat Allah, kita diperlekehkan dan diejek habis-habisan. Jelaslah bahawa sama ada orang ini adalah Jahmiyyah atau memang jahil yang amat dalam penelitian karya salaf terhadap ini. Yang mengatakan bahawa al-Yadd dan an-Nuzūl adalah termasuk sifat Allah adalah dari at-Tirmiḏiyy sendiri dalam Sunan miliknya. Ini juga yang terus-menerus disifati oleh generasi yang berpijak dan memahami manhaj salaf.

Kasihan orang yang mengejek ini. Kalaulah mereka menelaah kitab aṣ-Ṣifāt karya ad-Dāroquṭniyy, pasti sudah cukup menghancurkan sehancur-hancurnya ketawa mereka yang berdekah-dekah dan pandangan mata yang mempersenda. Kitab ini sudah cukup mengheret mereka untuk mendakwa mereka ke dalam mahkamah Allah.

Cuma, dalam kitab ini tidak memuatkan kesemua hadis-hadis sifat Allah yang dibahaskan sebagai naṣ mutasyabihat. Yang dimuatkan dalam kitab ini adalah sifat al-Qodamayn, al-Yadayn, al-Aṣōbiġ dan aṣ-Ṣūroh. Lalu, diakhiri dengan bagaimana cara berinteraksi dengan hadis-hadis tersebut. 

Apapun, ia cukup membantu mendedahkan bahawa pengisbatan kesemua ini sebagai sifat adalah maklum dari salaf. Begitu juga supaya tidak lagi merasa janggal apabila mendengarkan sifat-sifat ini diisbatkan kepada Allah dengan selayaknya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/639170248643395584/kadangkala-hairan-apabila-kita-mengatakan-bahawa

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeOn viuen les histories. Descobreix ara