Meme 14

22 0 0
                                    

Saya cakna apabila seseorang tahu pendapat ini, pasti ada yang bersegera untuk melancap dengan penuh serakah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya cakna apabila seseorang tahu pendapat ini, pasti ada yang bersegera untuk melancap dengan penuh serakah. Ini kerana gesekan yang melazatkan ini tidak terhalang untuk dilakukan serta tidak perlu rasa berdosa lagi kerana ia adalah dari pendapat ahli ilmu yang berwibawa. 

Namun, saya perlu sampaikan fakta. Dan mengapa takut untuk menelan hakikat kebenaran ini walaupun ia daripada ahli ilmu? Adakah kerana ia tidak menepati citarasa arus perdana terus dianggap ia memiliki kejelekan dan cendala? Adakah mereka yang mengeluarkan pendapat ini dengan hawa nafsu mereka sehingga orang yang mengambil pendapat ini dikira pengikut hawa nafsu? Malah, apabila saya cuba mencari dasar dan asas kepada pendapat tersebut untuk membuktikan bahawa pendapat ini tidak berdiri di atas kekosongan, saya pula diejek sebagai orang yang cuba memenangkan keinginan berahi yang bergelora. Salahkah saya dalam membela mereka daripada dianggap mengeluarkan pendapat yang tidak berasas?

Ini juga menimbulkan kehairanan mengapa pendapat ini tidak banyak dinukilkan dalam perbahasan tentang hukum melancap. Selalunya spektrum nukilan hanya pada mazhab yang empat dan mazhab aẓ-Ẓōhiriyy sahaja. Jika ada dinukilkan daripada pendapat yang mengharuskan pun, cepat-cepat ia dinampakkan bahawa pendapat itu sebenarnya mahu juga menjurus kepada penegahan atau haram. Ini fenomena yang biasa dilihat dalam kebanyakan penulisan yang membahaskan tentangnya.

Mungkin antara satu sebab mereka tidak menukilkannya kerana mereka dari awal tahu bahawa jika mereka menukilkan pendapat ini, sudah tentu orang tidak mahu mengikut pendapat arus perdana mereka. Mereka beranggapan bahawa ia termasuk hal yang diperselisihkan dan ia adalah muktabar, maka mengikutinya mana-mana pun dibolehkan. Akhirnya, setuntas mana pun kupasan dan pembentangan dalil untuk menjustifikasikan pengharaman, ia tidak diambil kira dan dipandang. Sebab itulah ia tidak dinukilkan atau jika dinukilkan pun, ia dibenamkan ke tempat yang menampakkan ia juga ditegah dan haram.

Cuma, yang berbeza dengan saya adalah saya mengikutinya atas dasar hujah. Bukan sekadar mengikut apa yang sedap bagi saya. Saya mengambil pendapat aḍ-Ḍoḥḥāk, namun dalam masa yang sama, saya membentangkan penghujahan mengapa pendapat ini ada asasnya. Saya juga membawa jawapan kepada dalil-dalil yang menunjukkan pengharamannya. Ini telah saya leretkan dalam penulisan saya yang berjudul "Hukum Melancap".

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632889599800311808/saya-cakna-apabila-seseorang-tahu-pendapat-ini

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now