Meme 83

8 0 0
                                    

Dalam banyak falasi yang boleh disenaraikan, bagi saya Ad-Hominem adalah yang paling berbahaya dan yang paling meluas penggunaannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam banyak falasi yang boleh disenaraikan, bagi saya Ad-Hominem adalah yang paling berbahaya dan yang paling meluas penggunaannya. Ia bertujuan sama ada membunuh karakter seseorang atau membenamkan hujah daripada pihak lawan seolah-olah tiada nilai atau belum cukup jelas bagi mereka kerana wujud isu peribadi daripadanya atau penggunaan falasi ini adalah alasan yang paling kukuh untuk mereka kekal dengan pengingkaran mereka atau mahu memperlekehkan dan mengaibkan orang lain.

Apapun tujuannya, ia adalah cara yang paling kotor, paling jijik, paling hina dan paling keji dalam merebut kemenangan sama ada dalam diskusi atau debat. Lebih-lebih lagi sememangnya kebenaran ilmiah itu ada di sisi pihak pesaing atau seteru kita, tetapi kita sengaja menolaknya dengan menutup cahaya tersebut melalui penyebutan isu-isu peribadi.

Tidakkah sekurang-kurangnya kita takut dengan apa yang Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sabdakan? :

وَلَكِنَّ الْكِبْرَ : مَنْ بَطِرَ الْحَقَّ وَغَمَطَ النَّاسَ " .

"Tetapi kesombongan adalah mereka yang menolak kebenaran dan meremehkan manusia". [Sunan Abū Dāwud, kitāb al-Libas, no. 3571].

Bayangkanlah kebenaran itu sememangnya jelas di pihak yang lain, tetapi kerana enggan mengakui atau mengalah, kita menggeledah isu-isu peribadi agar dapat dibentangkan sebanyak-banyaknya di hadapannya agar kita dapat mengaibkannya dan menjatuhkannya agar penghujahan orang lain itu dianggap tidak ada harga yang bermutu. Tidak cukupkah ini untuk mengheret seseorang ke neraka apabila cukup memenuhi definisi sombong?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642987812327653376/dalam-banyak-falasi-yang-boleh-disenaraikan-bagi

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now