Meme 80

9 0 0
                                    

Kadangkala hairan apabila kita menemukan kata-kata sebahagian orang yang menyebutkan bahawa sesiapa yang menafsirkan makna Istawā (اسْتَوَى) kepada Istaqorro (اسْتَقَرَّ), maka orang tersebut termasuk musyabbihah, malah dikafirkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kadangkala hairan apabila kita menemukan kata-kata sebahagian orang yang menyebutkan bahawa sesiapa yang menafsirkan makna Istawā (اسْتَوَى) kepada Istaqorro (اسْتَقَرَّ), maka orang tersebut termasuk musyabbihah, malah dikafirkan.  Mereka beranggapan bahawa apabila seseorang menetapkan makna tersebut, maka dia menganggap bahawa Allah menetap di suatu tempat dan bersentuhan di situ.

Padahal, yang mentafsirkan sebegitu adalah Ibn Qutayabah dalam Iẖtilāf Fī al-Lafẓ Wa ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa al-Mušabbihah dan Ibn *Abul Barr dalam At-Tamhīd Li Mā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd. Namun, bukan bermakna mereka mengisbatkan adanya jisim, tempat, pengambilan ruang dan persentuhan bagi sifat Allah tersebut. Inilah yang difahami salaf.

Malang sekali, ada juga tetap berkeras terhadap pembuangan makna menetap dan bersentuhan bagi mengisbatkan yang layak bagi zat Yang Maha Suci tidak diambil kira kerana ia menyalahi pemahaman sudut bahasa.

Namun, mereka dalam masa yang sama berani pula mentafsirkan atau sekurang-kurangnya meredhai penafsiran Istawā kepada Istawlā (اسْتَوْلَى) yang ditentang oleh para salaf! Manhaj salaf yang mana mereka ambil? Kemudian, dalam masa yang sama mereka juga mengisbatkan kalam Allah itu tidak berhuruf, padahal ini juga menyalahi pemahaman dari sudut bahasa itu sendiri bahawa kalam itu semestinya susunan ayat yang memberi faedah makna. 

Mereka boleh pula buat sebegitu, tetapi jika salafi buat yang sama dalam isu Istawā, mereka diherdik pula?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642987039446417408/kadangkala-hairan-apabila-kita-menemukan-kata-kata

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now