Meme 112

4 0 0
                                    

Liberal yang menggunakan nama Islam ini sama ada mereka memang jelas kufur atau mendekati kekufuran atau paling ringan adalah sesat lagi menyesatkan yang lebih teruk daripada Murjiah dan Muktazilah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Liberal yang menggunakan nama Islam ini sama ada mereka memang jelas kufur atau mendekati kekufuran atau paling ringan adalah sesat lagi menyesatkan yang lebih teruk daripada Murjiah dan Muktazilah. Adakalanya, cara mereka untuk justifikasikan sesuatu itu diterima atau tidak dalam Islam sememangnya jauh menyimpang daripada jalan uṣūl fiqh dan kita pun tidak mengerti asas ambilan mereka yang penuh dengan lencongan. Malah, sebahagiannya jelas penerimaannya adalah kerana sentimen dan rasa suka terhadapnya tanpa memerhatikan sudut metodologi ilmiah menurut kaca mata agama.

Mereka kadang tidak peduli pun impak ilmiah apabila menerima elemen asing ynag sesat itu dimasukkan dalam ajaran agama. Malah, persoalan kufur atau tidak sesuatu itu tidak menjadi persoalan penting dalam pewacanaan dan penerimaan mereka. Seolah-olah persoalan yang berkait dengan akidah ini boleh dipandang ringan menurut mereka. Yang penting, mereka dapat justifikasikan apa yang mereka suka sebagai sebahagian daripada agama.

Kalaulah semua yang disukai ingin dimasukkan dalam agama, apa guna agama itu sendiri? Menjadi transit kepada hawa nafsu dan sekadar pakaian yang tanpa apa-apa makna? Rosaklah keluhuran agama yang didasari ilmu dan hujah yang dirobekkan nilainya dengan sentimen dan hawa nafsu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643771933736960000/liberal-yang-menggunakan-nama-islam-ini-sama-ada

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now