Meme 41

10 0 0
                                    

Saya agak faham mengapa salafi sangat suka mengutip pandangan Ibn Taymiyyah, khususnya yang berkaitan dengan pergulatan antara aliran al-Aš*ariyy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya agak faham mengapa salafi sangat suka mengutip pandangan Ibn Taymiyyah, khususnya yang berkaitan dengan pergulatan antara aliran al-Aš*ariyy. Ini kerana banyak perkara telah dikupas dan disentuh serta dibahaskan secara tuntas sehingga putaran-putaran tentang hal yang berkaitan dengannya telah dia rangkumkan.

Namun, malangnya al-Aš*ariyy kerapkali tidak mahu mengendahkannya, malah tidak mempedulikannya. Salah satu faktornya adalah kerana tidak mendalami karya-karya salaf, khususnya yang berorientasikan penentangan terhadap Jahmiyyah. Mereka fikir apa yang dibawa oleh Ibn Taymiyyah ini adalah pandangannya sendiri. Mereka tidak mengamati dasar pengambilannya.

Malah, mereka mengabaikannya kerana tidak mengetahui bahawa beberapa ulama yang terbilang memuji kesarjanannya dan mengangkat tinggi kedudukannya. Sedangkan, mereka memberikan pujian bukan atas dasar ketaksuban. Maka, ada nilai-nilai ilmiah yang boleh kita teliti dan ambil daripadanya.

Sama seperti sebahagian mereka yang mengangkat Ibn *Arobiyy dalam keadaan meminggirkan celaan ulama yang terbilang terhadapnya. Mereka menganggap bahawa orang yang mengkritiknya sebagai orang yang tidak memahami jalan sufi dan tidak mengerti hakikat sebenar lapangan wali-wali Allah. Semua kritikannya tidak diendahkan, malah dipandang kecil. Sebegitulah mereka lakukan terhadap Ibn Taymiyyah yang tidak mengendahkan manfaat daripada apa yang diwacanakannya.

Adapun saya secara peribadi, untuk isu pergulatan al-Aš*ariyy ini secara khusus tidak perlu sibuk dengan kupasan Ibn Taymiyyah. Cukuplah dengan apa yang dibentangkan salaf dalam hal ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632896795842854912/ambilan

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now