Meme 49

18 0 0
                                    

Renungkan kata-kata Šihābuddīn Abū al-Qōsim *Abdul Roḥmān ad-Dimašqiyy tentang realiti masyarakat pada zamannya pada 600 Hijrah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Renungkan kata-kata Šihābuddīn Abū al-Qōsim *Abdul Roḥmān ad-Dimašqiyy tentang realiti masyarakat pada zamannya pada 600 Hijrah. Katanya :

قد نهى إمامنا الشافعي رحمه الله عن تقليده وتقليد غيره على ما سنذكره في فصل بعد هذا. وكانت تلك الأزمنة مملوءة بالمجتهدين، وكل صنف على ما رأى، وتعقب بعضهم بعضا مستمدين من الأصلين الكتاب والسنة، وترجيح الراجح من أقوال السلف المختلفة. ولم يزل الأمر على ما وصفت إلى أن استقرت المذاهب المدونة، ثم اشتهرت المذاهب الأربعة وهجر غيرها، فقصرت همم أتباعهم إلا قليلا منهم، فقلدوا ولم ينظروا فيما نظر فيه المتقدمون من الاستنباط من الأصلين الكتاب والسنة، بل صارت أقوال أئمتهم بمنزلة الأصلين، فأخذوها مسلمة مفروغا منها، ففرعوا عليها، واستنبطوا منها، ولم يبق لهم نظر إلا فيها، وأعرضوا عن علوم الأصلين، فعدم المجتهدون، وغلب المقلدون، حتى صاروا ممن يروم رتبة الاجتهاد يعجبون، وله يزدرون، وكثر التعصب للمذاهب، وقلت النصفة وبانت المثالب، ودبت بينهم العقارب، فجرى من بعضهم في بعض العجائب والغرائب، وآل بهم التعصب إلى أن صار أحدهم إذا أورد عليه شيء من الكتاب والسنة الثابتة على خلاف مذهبه يجتهد في دفعه بكل سبيل من التأويل البعيد نصرة لقوله، وإعراضا عما يجب عليه الأخذ به، ولو كان ذلك وصل إلى إمامه الذي يقلده هذا المتعصب لقابله ذلك الإمام بالتعظيم والتبجيل، ولصار إليه إن لم يعارضه دليل. ثم تفاقم الأمر حتى صار كثير منهم لا يرون الاشتغال بعلوم القرآن والحديث، ويعيبون من يعتني بهما، ويرون أن ما هم عليه هو الذي ينبغي المواظبة عليه، وتقدمته بين يديه، من الاحتجاج للمذاهب بالآراء، وكثرة الجدال والمراء، فينقضي منهم المجلس بعد المجلس لا يسمع فيه آية تتلى، ولا حديث يروى، وإن اتفق ذكر شيء من ذلك لم يكن في المجلس من يعرف صحيحه من سقيمه، ولا إيراده على وجهه ولا فهم معناه. وغرض كل منهم قمع خصمهم وإبطال حكمه، وعدم منهم الإنصاف في مسائل الخلاف، ولا سيما لما وقفت عليهم الأوقاف.

Sesungguhnya imam kami aš-Šāfi*iyy -semoga Allah merahmatinya- menegah kami bertaklid kepadanya dan bertaklid kepada selainnya pada apa yang kami akan sebutkannya pada fasal selepas ini. Dahulu, zaman itu dipenuhi dengan para mujtahid, setiap daripada mereka menulis sesuai dengan pandangannya. Sesama mereka saling menyemak antara satu sama lain bersumberkan dua sumber, iaitu al-Kitāb dan as-Sunnah. Mereka mengunggulkan pendapat yang kuat pada pendapat-pendapat salaf yang beragam. Sentiasalah keadaan ini berada dalam apa yang aku sifatkan sehinggalah stabil kodifikasi mazhab. Kemudian, menjadi menyerlah empat mazhab dan menjadi pupus selainnya. Minat-minat mereka untuk mengikut jejaknya telah pudar kecuali daripada sedikit daripada mereka. Mereka tidak melihat melalui apa yang para pendahulu melihatnya melalui penggalian hukum daripada dua sumber, iaitu al-Kitāb dan as-Sunnah. Malah, pendapat para imam mereka menjadi bersekedudukan dengan dua sumber itu. Lalu, mereka mengambilnya sebagai diktum, dikelilingi padanya dan menggali hukum daripadanya. Tidaklah mereka berkekalan dengannya melainkan dengannya.

Mereka berpaling daripada ilmu-ilmu dua sumber tersebut. Lantas, tiadalah para mujtahid dan para pentaklid mendominasi sehingga mereka menjadi pelik dan memperlekeh terhadap mereka yang mendambakan kedudukan ijtihad. Tersebarlah ketaksuban mazhab. Sedikitnya kesaksamaan, menyatalah kejelekan-kejelekan, menjalar sengatan sesama mereka. Menjadilah dalam kalangan sebahagian mereka dalam yang pelik dan gharib. Dengan sebab mereka, menjadilah ketaksuban itu sehingga terjadinya salah seorang daripada mereka yang apabila dibawakan sesuatu daripada al-Kitāb dan as-Sunnah yang kukuh yang menyelisihi mazhabnya, pasti dia bersungguh dalam menolaknya dengan setiap cara berupa takwil yang jauh kerana membela pendapatnya serta berpaling daripada apa yang wajib untuk dia mengambilnya. Kalaulah itu sampai kepada imamnya yang dia bertaklidnya dengan ketaksuban ini, pasti dia menghadap imam itu dengan penuh pengagungan dan sanjungan dan pasti dia menuju kepadanya jika dalil tidak menyanggahinya. Kemudian, merebaklah situasi ini sehingga menjadi kebanyakan daripada mereka tidak mengendahkan kesibukan dengan ilmu al-Qur^ān dan hadis dan mereka mencela sesiapa yang memerhatikan kedua-duanya. Mereka melihat bahawa apa yang mereka berada padanya adalah yang sepatutnya dicurahkan kesetiaan padanya dan pembentangannya di hadapannya adalah yang berupa kehujahan dengan pandangan-pandangan mazhab. Banyaknya debat dan polemik, lalu habislah majlis itu selepas majlis lain daripada mereka yang tidak diperdengarkan ayat-ayat yang dibaca dan juga periwayatan hadis. Jika berlakunya penyebutan sesuatu daripada itu, tidak ada kalangan mereka yang mengenal sahihnya dari longgokan penyakitnya dalam majlis itu dan tidak ada pembentangannya tentang bentuknya dan kefahaman maknanya. Setiap daripada mereka memenuhi corong pertelingkahan dan membatalkan hukumnya. Hilang deria keadilan dari kalangan mereka dalam masalah perselisihan, terutamanya kerana didana biaya kepada mereka. [H̱uṭbah al-Kitāb al-Mu^ammal Li ar-Rodd Ilā al-Amr al-Awwal, m/s 99-101, keluaran Aḍwā^ as-Salaf].

Bayangkan, zaman 600 Hijrah telah menampakkan peristiwa yang mana cita-cita untuk menjadi mujtahid adalah cita-cita yang dipandang buruk. Membawa kembali kepada penghidupan al-Qur^ān dan as-Sunnah juga adalah seruan yang tidak mahu disambut. Sang pandai perlu memenuhi dogma masyarakatnya yang sarat dengan ketaksuban mazhab demi selamat daripada penentangan yang menjengkelkan. Masyarakat enggan untuk sejahtera dengan pemurniaan ilmu dan usaha merevolusikan kualiti intelektual.

Itulah yang menyedihkan. Disebabkan kebodohan yang telah berleluasa dan didogmakan, akhirnya si tolol celaka ini mengisytiharkan kepada dunia bahawa dunia ijtihad telah tertutup. Mujtahid sudah pupus. Ia adalah artifak yang tidak ubah seperti tunggul berhala. Orang sekarang tidak boleh lagi menjadi mujtahid walau setangkas mana kemampuan ilmu dan pemikirannya. Ilmu dan pemikiran yang berkualiti adalah yang menepati dogma mereka. Orang yang ingin menyelisihi dogma ini atau membawa revolusi adalah orang yang membuka kepada fitnah yang meracaukan pemikiran menurut mereka. Malah, orang ini tidak akan ditempatkan dalam kalangan ahli ilmu meski telah terbukti kemampuannya.

Lama-kelamaan mereka kehairanan mengapa akhir zaman ini dilantik orang yang bodoh menjadi mufti atau pemimpin ilmu kepada masyarakat. Sebab mereka sendirilah yang menutup pintu kepada ilmu yang sejati! Mereka jugalah yang menghalang gerak usaha untuk pemikiran progresif. Mereka sendiri yang mendogmakan dengan tradisi ilmu yang mati dan manhaj pemikiran yang rapuh. Mereka selesa menjadi katak di bawah tempurung. Realiti ilmu mereka hanya berlegar dalam dogma mereka. Sekarang, rasalah tuaian yang mereka sendiri benihkan dalam tanaman mereka!

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/633072471398072320/renungkan-kata-kata-%C5%A1ih%C4%81budd%C4%ABn-ab%C5%AB-al-q%C5%8Dsim-abdul

Santai Perkongsian Agama Melalui MemeWhere stories live. Discover now