Perut Ayra Amani semakin mengeras sehingga Ayra Amani mengerut dahi tanda sakit dan ari-arinya itu mula berasa seperti mencucuk-cucuk. Dia memegang lengan Bella Qashrina untuk mencari semangat. Bella Qashrina yang perasan dahi Ayra Amani menitik peluh itu terus memanggil Puan Marina dengan perlahan.

"Ayra? Kenapa ni perut dah mula sakit ke?"tanya Puan Marina risau. Perut Ayra Amani dipegang.

"perut Ayra rasa keras dan ari-ari rasa macam menyucuk"kata Ayra Amani sambil menahan sakit.

Syed Azrief langsung tidak pandang belakang. Dia sibuk berbual dengan Fareez di depan sambil bergelak ketawa. Ayra Amani dibelakang menahan sakit.

"Azrief!"panggil Puan Marina lantang.

Terus Syed Azrief yang bersembang dengan Fareez itu memandang belakang. Dia memandang ke arah Ayra Amani yang sudah menahan sakit itu. Lantas dia bangun mendapati Ayra Amani yang memegang perut itu.

"kenapa ni?"tanya Syed Azrief risau. Gelabah juga lah dia kerana ini kali pertama dia lalui semua ini.

"mama rasa Ayra ni dah nak bersalin ni. Elok bawa Ayra pergi hospital cepat"kata Datin Suraya kepada Syed Azrief.

Keadaan di dalam masjid sudah riuh rendah dengan Ayra Amani yang mahu bersalin itu. Faleeq turut bangun apabila melihat kekecohan datang daripada Ayra Amani dibelakang. Sharifah Alisha mendekati adik iparnya yang menahan sakit itu.

Tanpa sebarang kata-kata terus Syed Azrief mencempung tubuh Ayra Amani. Tangan Ayra Amani diletakkan melingkar lehernya.

"Reez pergi temankan diorang. Nanti habis ni mummy pergi"arah Puan Marina kepada Fareez.

Fareez hanya mengangguk kepala lalu dia berlari mengikut Syed Azrief yang sudah di depan. Nampak gayanya memang dia lah yang kena memandu. Memandangkan mahu Syed Azrief duduk di belakang bersama Ayra Amani.

"tahan sikit sayang. Kejap lagi kita sampai lah hospital"kata Syed Azrief lembut. Dia cuba memujuk Ayra Amani yang sudah menangis kerana sakit.

"Reez bawa lah cepat sikit"arah Syed Azrief kepada Fareez yang memandu itu.

"sabar lah banyak kereta aku tak boleh nak potong"kata Fareez lalu dia menekan minyak apabila kereta di depannya seperti memberi laluan untuknya mencelah.

"ingat anak kita sayang, dia tengah tunggu kita"bisik Syed Azrief ditepi telinga Ayra Amani.

"sakit Rief. Aku dah tak tahan"kata Ayra Amani perlahan. Dahinya sudah berpeluh-peluh itu tidak dihiraukan lagi kerana sekarang ini perutnya mula sakit tidak tertahan lagi.

"sabar Ayra. Jangan buat aku takut aku taknak kehilangan siapa-siapa pun"kata Syed Azrief dengan nada sebak. Sebak hatinya melihat keadaan isterinya sekarang. Sesungguhnya dia belum pernah melihat Ayra Amani selemah ini. Ayra Amani akan pertaruhkan nyawa demi anak mereka.

"Rief kita dah sampai kau terus keluar lah nanti aku cari parking"kata Fareez kepada Syed Azrief. Dia keluar dari kereta dan membuka pintu dibelakang tempat Syed Azrief dan Ayra Amani duduk.

Dengan pantas Syed Azrief mencempung tubuh Ayra Amani dan berlalu ke lorong kecemasan. Beberapa pekerja hospital yang nampak Syed Azrief mendukung Ayra Amani terus mereka menolak kereta sorong buat Ayra Amani dan Syed Azrief meletakkan Ayra Amani di atas situ. Dia mengenggam tangan Ayra Amani dengan kuat untuk menyalurkan semangat buat Ayra Amani. Dia tahu Ayra Amani kuat. Ni

"maafkan saya kalau ada buat salah silap dengan awak. Halalkan makan minum saya sepanjang menjadi isteri awak. Saya nak awak tahu saya sangat sayangkan awak. Kalau apa-apa jadi dekat saya tolong jaga anak kita dengn baik janji dengan saya"kata Ayra Amani sambil mengenggam tangan Syed Azrief. Air matanya mengalir dengan laju. Pandangannya pun mula kabur.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now