BAB 39

4K 167 16
                                    

FALEEQ terkejut melihat wajah Ayra Amani dan Syed Azrief berada di hadapan pintu. Ayra Amani hanya tersengih memandang ke arahnya lalu dia terus masuk ke dalam rumah tanpa sebarang kata.

"datang tak bagitahu pun"kata Faleeq kepada Syed Azrief. Syed Azrief menyalam tangan Faleeq.

"adik kau datang sini nak makan je"kata Syed Azrief kepada Faleeq.

Faleeq ketawa mendengar. Datang sini nak makan je? Dekat rumah mereka tidak makan ke sampai nak makan dekat sini pula. Macam-macam perangai ada.

"korang tak makan lagi lanih lepas balik sekolah?"tanya Faleeq kepada Syed Azrief.

"tak lah Ayra pergi hanguskan semua kentang dengan nugget dalam airfryer"kata Syed Azrief selamba.

Terus Ayra Amani memandang belakang apabila dia terdengar Syed Azrief menyebut namanya sebentar tadi. Mesti Syed Azrief nak membuka aibnya di hadapan Faleeq. Tak guna betul memalukan!

Faleeq terus ketawa mendengar. Dia dah agak Ayra Amani mana pandai masak. Dia setakat tolong tengok boleh lah nak tolong memasak sekali memang tidak pandai. Boleh katakan ini semua salah Puan Marina kerana Puan Marina selalu menghalang Ayra Amani untuk memasak. Kalau nak apa-apa suruh sahaja pembantu rumah atau Puan Marina. Sampai Ayra Amani tidak tahu bab-bab memasak.

"abang jangan lah gelak!"marah Ayra Amani. Mukanya sudah merah apabila Faleeq ketawa kerana Syed Azrief membuka aibnya.

"tak abang rasa macam kelakar je tak pandai masak datang makan dekat sini"kata Faleeq lalu dia menyambung kembali ketawa.

Syed Azrief menyimpan ketawa. Dia melihat wajah Ayra Amani sudah merah apabila diketawakan oleh Faleeq. Mesti malu kan aib kena buka dihadapan abangnya.

"apa yang kamu gelak tu Faleeq?"tanya Puan Marina yang baru turun dari tingkat atas.

"tak diorang ni tak makan dari balik sekolah lagi sebab Ayra hanguskan kentang dengan nugget dalam airfryer"kata Faleeq lalu dia ketawa lagi. Tangannya naik menampar lengan Syed Azrief. Syed Azrief terhibur melihat Faleeq ketawa lalu dia ketawa sekali bersama Faleeq.

"mummy tengok diorang ni tak suka lah!"kata Ayra Amani lalu dia pergi memeluk tubuh Puan Marina.

Puan Marina hanya menggeleng kepala. Rambut Ayra Amani diusap. Tangannya naik menampar bahu anaknya yang sedang ketawa itu.

"sudah-sudah jom pergi dapur"kata Puan Marina kepada mereka.

Ayra Amani menjelirkan lidahnya kepada Syed Azrief dan Faleeq dibelakang. Syed Azrief pula menjeling ke arah Ayra Amani. Bahu Syed Azrief dirangkul oleh Faleeq dan mereka bersama-sama ke dapur.

Selesai sahaja makan wajah Fareez tersembul. Dia terkejut melihat Syed Azrief dan Ayra Amani ada di rumah. Patut lah dia macam kenal sahaja pemilik kereta Mercedes Benz A45s AMG rupanya adik dan adik iparnya datang ke rumah.

"ha kamu tu pergi melilau mana? kelas bukan habis pukul 1 ke sekarang ni dah pukul 2:45 tahu tak"kata Puan Marina kepada anak lelakinya yang baru pulang.

"macam biasalah mummy Reez kan muda lagi buat apa nak balik rumah awal kan"kata Fareez sambil ketawa.

Beg galasnya diletakkan di atas sofa kakinya melangkah ke dapur. Syed Azrief menyalam tangan Fareez lalu Fareez mengambil tempat disebelah Ayra Amani.

"macam-macam betul lah. Ni dah makan ke belum ni?"tanya Puan Marina kepada Fareez.

"dia tak payah makan mummy cuma Bella pun dah kenyang"usik Faleeq sambil ketawa.

Terus Fareez menampar lengan abangnya. Boleh pula abangnya pergi membuka rahsia dia dihadapan mereka semua. Malu lah dia. Dasar orang single yang selalu cemburu!

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now