BAB 12

5K 152 8
                                    

HARI ini tok mengajak mereka berdua pergi ke rumah kenduri di rumah hadapan. Mendengarkan itu Ayra Amani menjadi susah hati. Sesungguhnya dia tidak mahu pun pergi tapi disebabkan desakkan toknya terpaksa juga dia pergi.

Sebelum ini kalau ada kenduri disebelah rumah sekali pun dia takkan pergi. Hanya tok dan anyah sahaja yang pergi dia tak kuasa nak pergi. Bukan sombong tapi dia tidak suka akan dengan orang ramai. Dia jadi rimas. Tambahan pula kemungkinan besar dia akan jumpa dengan kawan-kawan lamanya.

Itu yang dia tak nak pergi! Kebanyakkan rakan sekolahnya itu budak-budak kampung ini juga. Mereka itu sangat membencinya tanpa sebab. Di sekolah dulu pun asyik dirinya sahaja menjadi bahan buli mereka. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Dia cukup letih dengan keadaan itu.

"jom lah Ayra satgi Mak Yam kata apa pula dia dah nampak hang"kata Puan Aisya pula sedang memujuk gadis itu.

"Ayra tak suka lah anyah. Anyah pun tau kan pasaipa"

"alah pi makan lepastu balik lah. Hiraukan ja depa tu kalau jumpa. Tok nak kenalkan Azrief tu dengan orang kampung. Orang kampung kena tau sapa Azrief tu. Kalau tak depa fitnah macam-macam tak syok lah dengar"

Ayra Amani mengeluh. Itulah masalah orang kampung dia. Suka fitnah orang tanpa bertanya dahulu. Petang itu semasa mereka ke kedai runcit seberang jalan untuk membeli minuman telinganya ini sempat mendengar kutukan makcik-makcik di kedai itu tentang dirinya.

"dengar kata bawa balik jantan mai kampung"
"naik kereta mewah pula tu"
"ish apa nak jadi lah dengan dia tu dah lah anak yatim piatu perangai tak senonoh!"
"kesian arwah mak ayah dia"

Mulut orang kampung ini lebih jahat dari mulut orang bandar. Nak mengata dia mengata lah dia tak kisah jangan nak babitkan arwah ibu dan ayahnya pula. Mereka itu sudah ke alam lain. Mahu sahaja dia sound makcik-makcik mulut puaka itu tapi dia sabarkan diri tidak mahu nanti tok dan anyah pula mereka mengata.

"yalah Ayra pi!"

"haa bagus. Satgi hampa dua pi tok dengan anyah nak kena pi dulu nak pi baca yassin kat sana"

Puan Aisya melangkah pergi. Dia sudah bersedia mahu ke rumah kenduri. Hanya tinggal Ayra Amani dan Syed Azrief sahaja dirumah.

Syed Azrief pula dari tadi mandi tak sudah-sudah pun lagi. Tidak tahu lah lelaki itu mahu pergi atau tidak. Sementara menunggu lelaki itu keluar dari telaga. Ayra Amani masuk ke dalam bilik tok dan anyah. Membuka almari untuk melihat baju kurung yang masih ada di dalam almari itu.

"baju ni okay kot"kata Ayra Amani lalu dibawa ke hadapan cermin.

"nak kemana?"tanya Syed Azrief yang baru sudah mandi.

Mata Ayra Amani memandang ke arah Syed Azrief yang menyandang badan ke pintu. Dadanya berdegup laju. Ish kenapa tak pakai baju ni! Dia tak suka lah.

"aku tanya nak pergi mana"tanya Syed Azrief sekali lagi.

"kenduri. Tok ajak kita pi kenduri rumah depan tu"

"oh"balas Syed Azrief ringkas.

Ayra Amani cuba menghiraukan lelaki itu disitu. Tak reti nak pakai baju ke? Pergi lah pakai baju sana tu. Suka sangat tayang badan. Tak kuasalah nak tengok.

"bila nak pergi?"

"satgi lah aku nak bersiap dulu"

"aku tak ada baju yang sesuai"

"pakai jalah baju t-shirt dengan jeans"

"maksud kau jeans rock aku?"

Boleh katakan Syed Azrief membawa jeans lutut terkoyak. Entah apa punya fashion tak tahu lah. Katanya trend sekarang.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now