BAB 63

4K 152 18
                                    

"APA yang bising sangat tadi pagi?"tanya Tok kepada mereka semua.

Puan Marina menuang air ke setiap gelas di atas meja lalu dibahagikan. Dia juga turut mendengar suara Fareez sedang menjerit-jerit. Bila dia bangun dia melihat Ayra Amani, Syed Azrief dan Fareez sudah tiada. Dia ingat mereka berdua bangun sahur tapi baru pukul 2 pagi.

"tok nak dengar cerita seronok tak?"tanya Ayra Amani sambil menahan senyum.

"Ayra tak baik nak membuka aib orang di depan khalayak ramai ni"kata Fareez sambil menjegil matanya kepada Ayra Amani. Malu lah dia kalau semua orang tahu tentang ini.

Syed Azrief menahan tawa mendengar. Tak baik buka aib orang konon. Padahal aih sendiri malu nak bercerita dekat semua orang yang Fareez kena kejar dengan babi hutan.

"apa dia Ayra cerita lah"kata Faleeq ingin tahu. Langsung tak terkesan dengan Fareez sudah menyepak kakinya di bawah meja.

"kalau nak dengar cerita ni kena bayar betul tak Abang Reez?"tanya Ayra Amani sambil menjongket kening kepada Fareez.

"dah-dah makan cepat sat lagi habis waktu pula"kata Tok kepada mereka semua.

Mia Adriana memandang geram ke arah Ayra Amani yang duduk disamping Syed Azrief. Cemburu makin meluap apabila melihat kemesraan mereka itu.

"lepas sahur jangan tidur tunggu sampai subuh"pesan Tok kepada mereka. Memang sudah menjadi tabiat Tok selepas sahur menunggu solat subuh.

"nak pejam mata 10 minit je"kata Fareez sambil tersengih.

"dalam banyak-banyak cucu aku hang yang paling ketegaq tau dak?"kata Tok kepada Fareez. Lagi orang larang lagi tu dia nak buat siapa lagi kalau bukan Fareez Hakimi.

"ketegaq pun jadi cucu kesayangan Tok kan"kata Fareez sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Rief makan esok lapar pula"kata Puan Marina kepada Syed Azrief yang hanya meminum air milo sahaja.

Syed Azrief hanya mengangguk kepala. Sejujurnya dia tidak gemar makan makanan pada waktu sahur. Dia selalunya hanya minum air sahaja pada waktu sahur. Dia tidak laparkan makanan malah dia dahagakan air sahaja.

"nak tambah air lagi?"tanya Ayra Amani kepada Syed Azrief. Dia menyuap bihun goreng ke dalam mulut.

"tuang sikit je"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani. Matanya terpandang ke arah tepi. Mia Adriana sedang memandang ke arahnya. Dia terus beralih memandang ke arah lain. Dia tidak mahu ada siapa-siapa nampak.

Selesai makan Ayra Amani membawa pinggan yang kotor ke singki untuk membasuhnya. Baru sahaja dia membuka pili air Mia Adriana datang mendekatinya. Dia mengabaikan Mia Adriana dan terus melakukan kerja.

"seronok ke jadi isteri Azrief?"tanya Mia Adriana dengan nada perli.

"gila tak seronok dilayan macam Puteri"balas Ayra Amani sambil tersenyum.

"kalau kau nak tahu dulu Rief sanggup buat apa je yang aku nak dan sanggup berkorban untuk aku. Kau jangan jealous pula sebab aku dengan Rief dah pernah buat lebih daripada itu. Harap-harap kau faham lah apa yang aku cakap ni"kata Mia Adriana separa berbisik ditelinga Ayra Amani.

Ayra Amani hanya diam dan mendengar. Dia mempercepatkan basuh pinggan dan cawan yang kotor itu. Dia perempuan mesti lah dia faham apa yang dimaksudkan oleh Mia Adriana itu. Tapi benarkah? Atau semua itu hanya cerita rekaan sahaja?

"oh ya? Tapi maaf lah Rief dah jadi suami aku sekarang dan aku percaya dia dan kau tak payah lah nak reka cerita untuk buat aku percaya kau pula"kata Ayra Amani dengan nada sinis.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now