BAB 23

4.6K 170 14
                                    

BERKALI-kali Ayra Amani menguap akibat mengangtok. Dia melihat Syed Azrief sedang rancak bersembang dengan kawan-kawan Fareez. Tadi bukan main sombong lagi hanya memberi senyuman sekarang ni dia pula bersembang macam tak ingat yang esok mereka sekolah.

Syed Azrief memandang ke arah Ayra Amani yang menampung kepalanya menggunakan tangan sambil menutup mulut yang menguap. Dia mengerling jam di handphonenya sudah menunjukkan pukul 11:30 malam. Memang patut lah Ayra Amani mengangtok. Kalau di rumah Ayra Amani lah orang pertama yang akan tidur dahulu darinya.

"mengangtok dah ke?"tanya Syed Azrief. Tangan kirinya direhatkan di belakang kerusi Ayra Amani.

"hm mata pun dah tak larat nak buka dah ni"kata Ayra Amani dengan suara mengangtok.

"Reez aku balik dulu lah esok sekolah lagipun adik kau ni dah tersenguk-senguk"kata Syed Azrief sambil menggosok rambut perang Ayra Amani. Kesian dia mengangtok sampai dekat restoran mamak pun boleh terlelap.

"haah lupa esok korang sekolah. Sebelum balik pergi kereta aku dulu ambil barang Ayra"kata Fareez kepada Syed Azrief.

"jom lah aku pun memang nak balik dah ni"kata Syed Azrief lalu dia menepuk bahu Ayra Amani supaya bangun.

"kejap aku ambil barang Ayra"kata Fareez lalu dia terus keluar dari restoran mamak dan menuju kereta nya yang berhampiran pintu masuk restoran mamak.

Terkebil-kebil Ayra Amani melihat Syed Azrief. Lelaki itu menghulurkan tangan kepadanya. Lantas dia menyambut. Dengan mata sudah layu mana mungkin dia berlagak macam tak mengangtok.

"kau tunggu situ kejap aku nak bayar makanan kejap"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.

Ayra Amani hanya mengangguk lalu dia pergi ke arah yang disuruh oleh Syed Azrief.

"korang order lah apa korang nak aku belanja"kata Syed Azrief kepada kawan-kawan Fareez.

"thanks do Rief"kata Zul, Anas dan Zaid. Manakala Naufal hanya berdiam diri disitu.

Syed Azrief hanya mengangguk lalu dia terus menuju ke kaunter bayaran. Selesai sahaja membuat bayaran dia mendekati Ayra Amani.

"dah jom"kata Syed Azrief sambil memasukkan dompetnya dibelakang seluar pendek sukan Adidas.

Terhuyung-hayang Ayra Amani berjalan akibat mengangtok terlampau. Syed Azrief hanya menggeleng kepala melihat Ayra Amani. Mengangtok teruk itu sampai jalan pun macam orang mabuk.

"hei hei kalau mengangtok pun jalan tu buka lah mata"tegur Syed Azrief sambil menggeleng kepala.

Ayra Amani hanya menggaru kepalanya. Dia ni dah sebijik macam orang tengah mabuk sekarang. Jalan pun melelong sana sini tinggal tak meracau macam orang mabuk je.

"mengangtok gila weh"kata Ayra Amani sambil menggeleng kepala bagi menghilangkan rasa mengangtok.

Tiba-tiba pinggang Ayra Amani dipaut oleh Syed Azrief. Mata Ayra Amani yang layu itu tiba-tiba sahaja terbuka luas apabila merasa pinggangnya dipaut.

"eh apa ni? Apa ni?"tanya Ayra Amani. Dia cuba merungkai pautan dipinggangnya tetapi Syed Azrief lagi mengeratkan.

"kau tu jalan macam orang mabuk ada hati nak jalan lurus macam orang tak mengangtok. Apa kau ingat aku nak ambil kesempatan? Memang tak lah! Aku buat ni sebab aku tak nak jadi duda ter-hot pada usia muda. Faham?"kata Syed Azrief yang sedang memaut pinggang Ayra Amani.

Terdiam Ayra Amani apabila mendengar pengakuan dari Syed Azrief. Duda ter-hot konon geli pula dia mendengar.

"ni beg Ayra"hulur Fareez kepada Syed Azrief. Lalu Syed Azrief menyambut dan disilang ke bahunya.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now