BAB 71

4.6K 243 32
                                    

AYRA Amani bangun awal harini kerana dia mahu membuatkan spagethi cabonara. Entah mengapa dia terasa teringin mahu makan spagethi cabonara sewaktu sahur. Selalunya mereka hanya makan biskut dan air milo sahaja harini dia mahu membuat kelainan iaitu makan spagethi cabonara sewaktu sahur.

Dia menggeleng kepala melihat Syed Azrief meringkuk tidur di atas sofa sambil memeluk tubuh. Suhu aircond bukan main kuat 22 darjah kulit biawak agaknya tak rasa sejuk ke dengan selamat tiada. Pasti Syed Azrief menyiapkan kerja khusus sampai lewat pagi. Bila dia mahu menolong Syed Azrief tidak bagi kalau tidak mesti siap dah.

Selesai sahaja menyiapkan spagethi cabonara Ayra Amani membawa mangkuk kuah cabonara ke meja makanan di depan. Dia melangkah ke arah Syed Azrief yang masih lena tidur itu. Jam di dinding menunjukan pukul 4:30 pagi. Selalunya mereka akan bangun dalam pukul 5 lebih harini mencatat sejarah bangun sahur awal dan makan spagethi sewaktu sahur.

"Azrief bangun"gerak Ayra Amani lembut.

"hm"sahut Syed Azrief perlahan. Matanya masih tertutup.

"bangun kita sahur"ajak Ayra Amani dan menukar suhu aircond ke 24 darjah. Sejuk macam ni boleh pula Syed Azrief tidur tidak pakai baju. Kalau dia dah berlapis-lapis selimut.

"dah pukul berapa ni?"tanya Syed Azrief dengan mata pejam celik menahan kantuk. Mana tidaknya dia baru sahaja tidur pada pukul 2:45 pagi. Dia menyiapkan juga kerja khususnya itu sehingga selesai.

"dah pukul 4:30 pagi"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief.

"awal lagi lah aku mengantok lagi. Pukul 5:15 ke kau kejut lah"kata Syed Azrief lalu dia memejam mata semula. Tangannya memeluk bantal bulat.

"bangun lah kita sahur aku masak"kata Ayra Amani lalu dia menarik tangan Syed Azrief supaya bangun.

"huh kau masak?"tanyq Syed Azrief terkejut terus dia bangun dari pembaringan. Adakah dia salah mendengar?

"yelah aku masak jom lah makan nanti sejuk"kata Ayra Amani dan menarik tangan Syed Azrief ke meja makan. Kenapa reaksi Syed Azrief nampak terkejut apabila dia kata dia memasak?

"tadaa ni lah masakkan aku duduk lah"kata Ayra Amani lalu dia meletakkan spagethi dan kuah cabonara ke dalam pinggan Syed Azrief.

"kau biar betul ni Ayra makan spagethi pagi-pagi buta macam ni"kata Syed Azrief tidak percaya. Mana pernah dibuat orang makan spagethi sewaktu sahur.

"ish betul lah makan jelah aku dah penat memasak banyak pula kau cakap"kata Ayra Amani lalu dia menyuap spagethi cabonara  ke dalam mulutnya.

"hm sedapnya tak sia-sia aku bangun awal masak"kata Ayra Amani sambil memejam mata menikmati masakannya sendiri.

Syed Azrief yang masih mamun itu gagah menyuapkan spagethi cabonara ke dalam mulut walaupun dia tidak gemar makan makanan berat sewaktu pagi begini. Betul kata Ayra Amani spagethi cabonara buatan Ayra Amani ini sedap. Rasa berlemak apabila masuk ke dalam mulut.

"sedap tak?"tanya Ayra Amani kepada Syed Azrief yang menikmati masakkan pertamanya itu.

"sedap tapi lain kali kalau nak memasak jangan lah masak waktu sahur tak rasa excited sebab mengantok tapi masak lah masa berbuka mesti aku excited makan masakan pertama kau"kata Syed Azrief sambil menyuap spagethi cabonara ke dalam mulut. Kalau tidak makan nanti kecil pula hati Ayra Amani yang sudah kecil itu. Sudah lah baru pertama kalini Ayra Amani memasak.

"yelah nanti aku cuba lah masak benda lain pula waktu berbuka kan puasa 30 hari banyak lah masa"kata Ayra Amani berlagak.

"jangan 30 hari puasa ke bazar sudah"perli Syed Azrief sambil ketawa.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now