BAB 64

4.3K 181 22
                                    

HAMPIR 3 jam Ayra Amani berehat di dalam bilik Tok pening di kepalanya sudah makin baik. Dia mula bertenaga. Dia keluar dari bilik apabila terasa seisi rumah sunyi. Kemanakah mereka semua pergi? Senyap sunyi macam tiada penghuni.

Ayra Amani berlalu ke dapur. Dapur kosong dan pintu dapur juga tertutup rapat. Ayra Amani melangkah pula ke ruang tamu terdapat Rayyan sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Rayyan mana pergi semua orang sunyi je"tanya Ayra Amani lalu dia mengambil tempat di kerusi kosong menghadap televisyen.

"mama dengan Mak Jang diorang keluar pergi pekan. Tok dengan Mak Long pula diorang pergi rumah sebelah"jawab Rayyan yang matanya masih tertumpu pada skrin televisyen.

"habistu mana pergi yang lain diorang ikut sekali ke?"tanya Ayra Amani lagi. Takkan Syed Azrief pun turut ikut keluar tak bagitahu dia apa-apa pun atau Syed Azrief terasa hati akan layanan dia pagi tadi?

"Abang Leeq dengan Abang Reez diorang keluar berdua tak tahu pergi mana"kata Rayyan sambil menukar ke channel yang lain.

"Kak Mia dengan Abang Rief ada mana? Diorang keluar juga ke?"tanya Ayra Amani ingin tahu. Kalau semua orang dah keluar macam mana pula dengan Syed Azrief dan Mia Adriana. Dia mula berasa tidak sedap hati.

"tak lah diorang ada dekat pondok luar tu"kata Rayyan sambil menunjuk ke arah luar.

Ayra Amani juga turut memandang luar. Dia menyelak sedikit langsir dan melihat Syed Azrief dan Mia Adriana sedang bergelak tawa di pondok lalu Mia Adriana menampar peha Syed Azrief.

"bulan puasa pun buat tak maksiat tak malu ke? Nak-nak dengan laki orang"kata Ayra Amani perlahan. Matanya masih memandang ke arah mereka berdua. Rasa nak termuntah melihat kemesraan mereka berdua itu.

"huh Kak Ayra cakap apa?"tanya Rayyan kepada Ayra Amani. Dia seperti terdengar Ayra Amani katakan sesuatu tetapi tidak berapa jelas.

"eh mana ada cakap apa"nafi Ayra Amani lalu dia mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Terdapat banyak mesej dari group mereka bertiga. Rania dan Melissa bertanya kemanakah dia pergi dan tidak hadir ke sekolah. Dia tiada mood mahu membalas selepas melihat kemesraan mereka berdua itu.

Perkara yang amat dia takuti ialah Syed Azrief akan jatuh cinta semula dengan Mia Adriana. Dia tahu Mia Adriana adalah cinta pertama Syed Azrief tak mungkin Syed Azrief akan lupa begitu sahaja. Hatinya sakit melihat kemesraan mereka itu. Macam mana kalau Syed Azrief jatuh cinta semula dengan Mia Adriana dan akan meninggalkan dirinya? Sanggupkah dia hadapi semua ini nanti?

"dah bangun? Kepala kau dah okay?"tanya Syed Azrief dari belakang.

Terserentak Ayra Amani apabila mendengar suara Syed Azrief menyapa ditelinganya. Sejak bila masuk dalam rumah bukan tadi bermesraan dengan Mia Adriana di pondok. Terpandang ke arah Mia Adriana pula ditepi Syed Azrief. Hatinya bertambah sakit. Rasa macam mahu pulang ke KL secepat mungkin. Kalau lah dia tahu bahawa Mia Adriana juga akan pulang ke kampung sumpah dia takkan balik kampung.

Ayra Amani hanya diam tanpa menjawab. Dia buat-buat telefon ditanya padahal dia bukan fokus betul-betul pun.

Syed Azrief memandang ke arah Ayra Amani itu. Kenapa Ayra Amani nampak sangat berlain? Padahal sewaktu sahur tadi okay je boleh bergelak tawa lagi dengannya sewaktu dia mengusik Ayra Amani dan kenapa sekarang jadi dingin macam dia ada buat salah?

"petang nanti kitorang nak pergi bazar ramadhan kau nak ikut? Aku ajak Rief temankan aku boleh kan?"tanya Mia Adriana sambil tersenyum.

Lagi panas hati Ayra Amani mendengar. Dia buat plan mahu ke bazar ramadhan tanpa mengetahuan dia? Dia memandang tajam ke arah Syed Azrief. Kenapa Syed Azrief setuju tanpa bertanya apa-apa kepadanya dulu? Tahu tak dia memang nak sangat pergi bazar ramadhan tapi alih-alih Mia Adriana yang mengajak Syed Azrief ke bazar ramadhan.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now